CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diceraikan Selepa 3 Hari Nikah Sebab Mak Mentua Tak Suka Menantu Bukan Doktor

27-7-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2129| Komen: 6

Description: JAKARTA – Kisah seorang wanita di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana dia dikatakan bercerai dengan suaminya selepas tiga hari berkahwin hanya kerana tidak bekerja sebagai doktor, lapor lama ...
JAKARTA – Kisah seorang wanita di Indonesia menjadi tular baru-baru ini kerana dia dikatakan bercerai dengan suaminya selepas tiga hari berkahwin hanya kerana tidak bekerja sebagai doktor, lapor laman berita Detik.


Berdasarkan hantaran di laman TikTok, seorang wanita bernama Indah menceritakan  kisah tersebut yang berlaku kepada sepupunya.

Menurut Indah, sepupunya akhirnya disahkan bercerai selepas setahun menyelesaikan proses perpisahan di mahkamah bersama bekas suaminya.

Wanita Diceraikan Selepa 3 Hari Nikah Sebab Mak Mentua Tak Suka Menantu Bukan Doktor


“Tiga hari selepas berkahwin, dia ditinggalkan tanpa sepatah kata pun. Sehingga ke hari ini, sudah setahun mereka berpisah.


“Semua itu berlaku hanya kerana bekas ibu mentuanya mahukan menantu yang bergelar doktor,” kata Indah.



Tambahnya, dia bagaimanapun bersyukur kerana sepupunya itu merupakan seorang wanita yang tabah dan berdikari.

“Alhamdulillah, sepupu saya seorang wanita hebat, tabah, berdikari dan mampu mencari wang belanja sendiri,” katanya.

Indah sebelum itu berkongsi  klip video wanita tersebut yang kelihatan gembira ketika mendapat dokumen perceraian yang sah dari mahkamah.



Hantaran tersebut menjadi tular dengan pelbagai persoalan dibangkitkan oleh netizen.

“Kenapa dahulu bekas ibu mentuanya beri kebenaran untuk berkahwin jika sudah tahu mahukan menantu seorang doktor?” soal seorang netizen.


“Kalau sudah tahu bukan doktor dahulu, mengapa masih diteruskan pernikahan?” ujar seorang lagi pengguna media sosial. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 27-7-2022 10:40 AM
Jantan sial guna nama mak.tu bini ko kot.mak xsuka xyah teruskan.dah jd bini jaga la leklok.yg cari nafkah kan suami
Aritu kt tiktok ada org share mcm gini la..baru kahwin seminggu dua dh kena cerai.
Rupanya laki ada betina lain.tp kahwin jugak sbb brg2 dh siap.
Ko dah sedap tido dgn bini 2mgu bru bgtau ada gf terus ceraikan bini.
Lenkali dh tau xde hati jgn sentuh bini tu.jgn teruskan nikah pon
Quote BartholomewKuma 27-7-2022 10:44 AM
Awat baju nikah endon semua buruk corak dan design dia ya?
Quote makadek 27-7-2022 10:44 AM
Aku sok anak2 pmpuan aku kena keje
Menantu puan pn kena keja
Aku tak suka anakmenantu puan duk rumah
Biar bekerjaya.. anak2 aku pn mestila bekerjaya hebat ... free hair ke liberal ke ok asal yg penting hormat pd fmly tk dekut tak penting rumah makbapak diaorg sbb kiteorg laki bini dekut anak
Quote yebit157 27-7-2022 10:48 AM
yela, dah tau bukan doctor kenapa nikah juga. alasan.
Quote margo20 27-7-2022 12:31 PM
Kau nak bini doktor tp kau tu doktor ke idok?
Quote Decaffeinated 27-7-2022 01:58 PM
Korang tak penat ka layan tiktok yang penuh penipuan ni? Tu ja komen aku.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.283256 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top