CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Jadi Degil, Susah Dikawal Kalau Dibiarkan Main Gajet Waktu Makan

27-7-2022 11:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 957| Komen: 0

Description: PETALING JAYA – Tabiat ibu bapa sekarang yang membenarkan anak menonton atau bermain gajet sewaktu menjamu selera perlu dielakkan kerana ia memberi banyak implikasi negatif.
PETALING JAYA – Tabiat ibu bapa sekarang yang membenarkan anak menonton atau bermain gajet sewaktu menjamu selera perlu dielakkan kerana ia memberi banyak implikasi negatif.


Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, apabila anak sudah terbiasa makan bersama gajet ia adalah satu ‘perangkap’.

Kata PHM, ia boleh menyebabkan anak-anak tersebut ketagih kepada gajet pada usia muda serta mereka akan makan sama ada terlalu banyak atau sedikit.


Gambar Hiasan

“Selain itu, kanak-kanak juga berisiko untuk tercekik semasa makan serta mereka akan menjadi degil dan susah dikawal.


“Pemberian gajet juga semasa makan juga akan mengurangkan komunikasi antara keluarga serta tiada adab sewaktu makan,”katanya.

Jelas PHM, kebanyakan ibu bapa mengambil jalan mudah dengan memberikan anak-anak mereka gajet sewaktu makan kerana mereka mungkin akan lebih tenang serta tidak perlu bersusah payah mengawal anak.

“Anda dapat makan dengan tenang, anak pun tidak banyak meragam. Tetapi untuk jangka masa panjang akan ada lebih banyak implikasi negatif.

“Tetapkan peraturan tiada gajet di meja makan. Anda juga perlu tunjuk contoh sama,” ujar PHM.

Pada masa sama kata PHM, jika anak-anak telah ketagih, perlahan lahan alihkan perhatian dengan aktiviti lain seperti suap gaya kapal terbang, sediakan menu menarik, pinggan dan cawan yang digemari. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.247618 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top