Oleh Izzah Abbasy
Sedih! Bila baca surat khabar hari ini. Tak termampu nak baca hari-hari. Jika anda sebagai ibu bapa, sudah pasti kerisauan yang tinggi terhadap anak-anak generasi Y hari ini. Keberanian dan kebijaksanaan tidak disangkal lagi. Masing-masing mempunyai pemikiran seperti orang dewasa. Perkembangan minda anak-anak hari ini seiring pula dengan kemajuan teknologi. Mereka lagi hebat pada ibu bapa. Apa yang ibu bapa tidak tahu, mereka sudah tahu sehingga tidak perlu dipersoal lagi. Kredit Foto : myartist.com
Memetik petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya "Jadikan anak-anak (remaja) sebagai kawan tempat anak-anak berkongsi masalah dan bercerita tentang kisah kehidupan mereka". Tips paling mudah untuk jadikan anak-anak sebagai "Best Friend" : 1. Solat bersama-sama Ajak mereka solat bersama-sama. Usai solat, bapa boleh memberi sedikit tazkirah atau berbincang mengenai isu terkini. Sekurang-kurangnya, ahli keluraga semua boleh bertukar pandangan dan pendapat. Setidak-tidaknya anak-anak tidak sibuk dengan gajet mereka sahaja. 2. Luangkan masa berbual atau "chatting" Ibu bapa harus bijak memulakan perbualan. Bermesralah dengan anak-anak. Mereka akan rasa disayangi. Jika, faktor jarak menjadi penghalang, gunalah kemudahan teknologi seperti Skype, WhatsApp, Facebook dan lain-lain untuk mengetahui sedikit sebanyak apa yang anak-anak lakukan pada hari tersebut. Biar mereka rasakan ibu bapa seperti 'boyfriend' atau 'girlfriend' mereka. 3. Kongsi minat dan hobi Ambil perhatian untuk tips ini. Apabila ibu bapa cuba berkongsi minat dan hobi dengan anak-anak, secara tidak langsung anak-anak akan melupakan niat yang tidak baik yang akan dilakukan. Mereka pasti teruja apabila dapat melakukan sesuatu yang disukai bersama insan tersayang. Luangkan masa dengan menonton wayang. Sekali sekala, ajak rakan-rakan anak menyertai sekali aktiviti yang dilakukan bersama itu. 4. Selalu puji anak Asyik memuji majikan dan staf sahaja kan? Apa kata kali ini pujilah anak-anak pula. Sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai dan disayangi. Gunalah perkataan yang lembut dan manis untuk anak anda. Biasakan dengan perkataan "Papa atau mama sayang ____". 5. Kenali kawan-kawan mereka Rapatlah dengan kenalan anak-anak anda. Adakan jamuan atau makan-makan dengan mengajak mereka bertandang ke rumah. Dari situ, anda boleh mengetahui latar belakang kawan-kawan anak anda. Boleh juga ajak mereka bercuti bersama-sama. Apabila anda ketahui baik budi pekerti mereka, sudah pasti anda boleh menilai perangai anak-anak. 6. Bergurau dengan mereka Janganlah asyik marah anak-anak. Apabila mereka tertekan, mereka akan melakukan perkara yang tidak diingini. Fikiran mereka sangat singkat. Kadang-kadang, mereka melakukan hal yang kita tidak suka. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, kita harus bertanya dahulu dan berbincang dengan mereka. Justeru, berguraulah dengan anak-anak agar mereka tidak berasa tertekan dan bosan di rumah. Allah menguji setiap insan di muka bumi ini berbeza-beza. Jika Allah menguji kita dengan anak yang nakal dan sering memalukan keluarga, dekatilah dia. Peluklah dia. Selami hati dia. Jangan sesekali menyesal mempunyai anak sebegitu. Kita tidak tahu, anak itulah nanti yang akan menjaga dan mengasihi kita kelak. Didik anak sebaik-baiknya kerana anak-anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah pada hambanya yang terpilih. Jangan manjakan anak-anak dengan wang ringgit. Kasihi dan sayangi anak-anak sehingga mereka sendiri tidak mahu terjebak dengan gejala negatif kini. - CARI Infonet
|
9
Bagus |
7
Marah |
15
Terkejut |
14
Sedih |
12
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
rogayahtop replied at 10-8-2015 06:39 PM
Tolonglah nok. Istilah best friend utk anak tak sesuai. Best friend tu share segala benda, baju dala ...
rogayahtop replied at 10-8-2015 06:39 PM
Tolonglah nok. Istilah best friend utk anak tak sesuai. Best friend tu share segala benda, baju dala ...
ADVERTISEMENT