CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2234|Reply: 10

[Politik] Jadikan Anak Sebagai "Bestfriend" Elak Gejala Negatif

[Copy link]
Post time 10-8-2015 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 10-8-2015 06:43 PM

Oleh Izzah Abbasy


Sedih! Bila baca surat khabar hari ini. Tak termampu nak baca hari-hari. Jika anda sebagai ibu bapa, sudah pasti kerisauan yang tinggi terhadap anak-anak generasi Y hari ini. Keberanian dan kebijaksanaan tidak disangkal lagi. Masing-masing mempunyai pemikiran seperti orang dewasa. Perkembangan minda anak-anak hari ini seiring pula dengan kemajuan teknologi. Mereka lagi hebat pada ibu bapa. Apa yang ibu bapa tidak tahu, mereka sudah tahu sehingga tidak perlu dipersoal lagi.


Mahu disalahkan teknologi canggih? Jawapannya tidak. Kuasanya ada pada kedua ibu bapa. Mengapa hanya ibu bapa yang harus dipersalahkan, sedangkan semua perkara yang dituntut seperti mendidik, mengasuh dan mencurahkan kasih sayang telah diberikan dengan secukupnya dan apa lagi yang tidak cukup, kerana semuanya telah diberikan sejak dahulu lagi?


Memetik petikan Buku Biografi Inspirasi Prof Dr Muhaya "Jadikan anak-anak (remaja) sebagai kawan tempat anak-anak berkongsi masalah dan bercerita tentang kisah kehidupan mereka".


Tips paling mudah untuk jadikan anak-anak sebagai "Bestfriend" :


1. Solat bersama-sama
Ajak mereka solat bersama-sama. Usai solat, bapa boleh memberi sedikit tazkirah atau berbincang mengenai isu terkini. Sekurang-kurangnya, ahli keluraga semua boleh bertukar pandangan dan pendapat. Setidak-tidaknya anak-anak tidak sibuk dengan gajet mereka sahaja.


2. Luangkan masa berbual atau "chatting"
Ibu bapa harus bijak memulakan perbualan. Bermesralah dengan anak-anak. Mereka akan rasa disayangi. Jika, faktor jarak menjadi penghalang, gunalah kemudahan teknologi seperti Skype, WhatsApp, Facebook dan lain-lain untuk mengetahui sedikit sebanyak apa yang anak-anak lakukan pada hari tersebut. Biar mereka rasakan ibu bapa seperti 'boyfriend' atau 'girlfriend' mereka.


3. Kongsi minat dan hobi
Ambil perhatian untuk tips ini. Apabila ibu bapa cuba berkongsi minat dan hobi dengan anak-anak, secara tidak langsung anak-anak akan melupakan niat yang tidak baik yang akan dilakukan. Mereka pasti teruja apabila dapat melakukan sesuatu yang disukai bersama insan tersayang. Luangkan masa dengan menonton wayang. Sekali sekala, ajak rakan-rakan anak menyertai sekali aktiviti yang dilakukan bersama itu.


4. Selalu puji anak
Asyik memuji majikan dan staf sahaja kan? Apa kata kali ini pujilah anak-anak pula. Sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai dan disayangi. Gunalah perkataan yang lembut dan manis untuk anak anda. Biasakan dengan perkataan "Papa atau mama sayang ____".


5. Kenali kawan-kawan mereka
Rapatlah dengan kenalan anak-anak anda. Adakan jamuan atau makan-makan dengan mengajak mereka bertandang ke rumah. Dari situ, anda boleh mengetahui latar belakang kawan-kawan anak anda. Boleh juga ajak mereka bercuti bersama-sama. Apabila anda ketahui baik budi pekerti mereka, sudah pasti anda boleh menilai perangai anak-anak.


6. Bergurau dengan mereka
Janganlah asyik marah anak-anak. Apabila mereka tertekan, mereka akan melakukan perkara yang tidak diingini. Fikiran mereka sangat singkat. Kadang-kadang, mereka melakukan hal yang kita tidak suka. Tetapi, sebagai ibu bapa yang bijak, kita harus bertanya dahulu dan berbincang dengan mereka. Justeru, berguraulah dengan anak-anak agar mereka tidak berasa tertekan dan bosan di rumah.


Allah menguji setiap insan di muka bumi ini berbeza-beza. Jika Allah menguji kita dengan anak yang nakal dan sering memalukan keluarga, dekatilah dia. Peluklah dia. Selami hati dia. Jangan sesekali menyesal mempunyai anak sebegitu. Kita tidak tahu, anak itulah nanti yang akan menjaga dan mengasihi kita kelak. Didik anak sebaik-baiknya kerana anak-anak adalah amanah yang dikurniakan oleh Allah pada hambanya yang terpilih. Jangan manjakan anak-anak dengan wang ringgit. Kasihi dan sayangi anak-anak sehingga mereka sendiri tidak mahu terjebak dengan gejala negatif kini. - CARI Infonet



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah nok. Istilah best friend utk anak tak sesuai. Best friend tu share segala benda, baju dalam pun kongsi. Ai sendiri dgn best friend ckp tak berlapik, segala masalah dikongsi, segala benda 18sx yang ai "belajar" dikongsi bersama bff.  Mak dan anak cukuplah tau masalah yg formal. Tak perlu mak nak jadi best friend ala2 amy poehler dlm mean girls.

Ai tak setuju dgn dgn kongsi hobi anak. Cukuplah mak tahu anak suka kpop, mak tak perlu nak bergiyomi dengan anak, dok terkinja2 dekat konsert, tunggu kat luar sudah. Tak perlu nak baca anime nak kenal sailor moon. Kesian tgk mak yg dok paksa diri layan anak dekat show hipster kat publika semata2 anak nak tengok show.


Lainla kalau anak tu sekolah agama, pakai tudung labuh kut. So bolehlah nak share hadis kegemaran dgn anak. Btw, ramai makcik2 ai yg duk bangi langsung tak boleh nak connect dgn anak masing2. Dah maknya zaman muda pakai jeans ketat, dengar rock, anak semua ala2 ustazah DNA, impian hidup nak kawin pak arab. Tahniah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 10:26 PM | Show all posts
rogayahtop replied at 10-8-2015 06:39 PM
Tolonglah nok. Istilah best friend utk anak tak sesuai. Best friend tu share segala benda, baju dala ...

ok ape best friend.. sb macam lola memang mak la tempat lola mengadu... semuanya... memang dari kecil smpi besar mcm ni.. raapat ng mak.. tapi perubahan masa tu mengajar kita apa yang patut dan xpatut kita kongsi antara mak dengan anak.. sebab tu mak kene jadi contoh pada anak.. contoh tu baik ke tak baik ke.. begitu la acuannya... best friend forever lola is my mom..

ape pun sayang mak lola... nak call la.. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 07:57 AM | Show all posts
sni biasanya bapa btg gatal jadi ikan haruan
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:53 AM | Show all posts
Betul kot kalo buat anak mcm best friend. sbb dr situ anak sennag untu k cite ngn kita.. anak xkan takut nk share ngn mak. sesetengah anak pulak ada yg lebih rapat ngn ayah.mayb ayah lebih cool n senang mendengar. depend la kan. kalo bpk yg jenis mkn haruan tu,bpk xder iman.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 05:35 PM | Show all posts
kalau korang nak berkelahi ke, berbincang ke, diskusi ke...
baik korang tafsir dulu 'best friend' tu apa.
Dalam artikel atas best friend tu tu diletak dlm --> '___'.
Maknanya bukanlah best friend yg mainstream ni.
Maknanya rapat macam bestfriend la tu. Bukan bf literally.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2015 05:36 PM | Show all posts
Nak jadi bf anak, kena mula dari kecik. Waktu diorang mulut banyak nak cerita itu ini
nak tanya itu ini. Bukan masa diaornag dah remaja, baru nak terhegeh-hegeh amik tahu.
waktu tu, diorang dah kurang bercakap dgn kita dah. Tak cool eh, cakap dgn mak pak waktu ni...
waktu tu baru menyesal tak layan sangat dia waktu kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:07 AM | Show all posts
aku setuju kot.. kalau x kite takot ngan parents.. cam kami.. takut dgn abah.. nanti menyesal x sudah wey kalu x sempat luahkan semua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2015 11:45 AM | Show all posts
bagus tips2 tu..anak2 zaman sekarang tak sama kita dulu. lebih baik jd bestfriend senang nak kawal bila dorg sng meluahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 11:49 AM | Show all posts
tk takut ke anak tu salah tafsir mak sbgi besfren.

tapi kalu dia bepeleseren tk tentu hala..besfren tk besfren
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 12:00 PM | Show all posts
rogayahtop replied at 10-8-2015 06:39 PM
Tolonglah nok. Istilah best friend utk anak tak sesuai. Best friend tu share segala benda, baju dala ...

hehe kelako tgk avatar u!besonya mata ia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.115787 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list