Oleh : Dean BZ Sumber foto : cikguhassrolnizampjk.blogspot.com Tubuh kita akan menjadi cergas dan sistem peredaran darah akan lebih teratur dengan melakukan senaman seperti bersukan, senam robik, yoga, berekrasi dan berjalan. Namun, kesedaran tentang pentingnya melakukan senaman masih lagi rendah dikalangan masyarakat kita. Pelbagai alasan akan diberikan untuk mengelakkan senaman yang mungkin sedikit memenatkan. Tak percaya? cuba tanya diri sendiri. Betul ke tidak. Ramai yang mungkin tersilap dan memandang remeh tentang kepentingan senaman kerana tahap kesihatan masih lagi dalam keadaan baik buat masa ini. Tetapi perlu diingat, organ dan otot-otot kita memerlukan penjagaan yang baik untuk penggunaan jangka masa panjang. Tak kan muda-muda lagi lutut sudah longgar? Jadi, penulis ingin kongsikan 3 tip mudah jika anda terlalu malas untuk bersenam. Kalau malas juga, anda mungkin berisiko menghadapi penyakit berbahaya suatu masa nanti. Jangan cakap penulis tak belanja ya? Nah! Sumber foto : informations-the.blogspot.com #1- Ringankan tulang dengan melakukan kerja rumah seperti basuh kain, basuh pinggan, bersihkan rumah dan segala aktiviti-aktiviti yang membakar kalori tanpa anda sedar. Elakkan menggunakan mesin basuh untuk "kesan yang lebih baik". Sumber foto : log.viva.co.id #2- Banyakkan aktiviti berjalan kaki atau berbasikal di taman tasik atau tempat riadah. Kalau malas nak berjalan seorang diri, boleh ajak kawan, mertua, suami, isteri atau kekasih untuk bersiar-siar sambil tengok itik ditasik. Sumber foto : www.goldsgym.com #3- Sesekali elakkan menggunakan lif dan cuba gunakan tangga. Kalau malas nak naik, turun tangga pun kira "OK" lah. Kesimpulannya, lakukanlah aktiviti yang mengeluarkan peluh walaupun sekejap kerana aktiviti seperti ini amat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik. Badan sihat, otak cergas! Persoalannya, berapa kerap anda bersenam dalam seminggu? satu kali? dua kali? - CARI Infonet.
|
8
Bagus |
23
Marah |
25
Terkejut |
10
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
2. Hanya berita yang berinformasi akan dibenarkan. Contoh-contoh berita seperti isu terbaru kemalangan jalan raya, isu rogol, bunuh, rompak, dadah, tsunami, banjir dan apa juga isu TERKINI melainkan POLITIK. Sila sertakan - sumber berita pada bahagian bawah thread. Sebaiknya sertakan gambar sekali.
ogata replied at 27-7-2015 04:12 PM
calling for @leylapple
leylapple replied at 27-7-2015 04:20 PM
naik turun tangga pun satu senaman tau...
naik turun tangga opis
scorpionkiki replied at 27-7-2015 04:03 PM
Anggap saja bersenam sbg investment yg bakal dinikmati waktu tua nanti
ogata replied at 27-7-2015 04:21 PM
contoh camne tu?
obelisk replied at 27-7-2015 04:11 PM
40 push-ups, 30 pull-up, 30 sit-up setiap hari... 3km larian 2 kali setiap minggu.
scorpionkiki replied at 27-7-2015 04:30 PM
Bila kita bersenam badan kita lebih sihat waktu kita tua nanti...kita enjoy quality life more.... ...
ogata replied at 27-7-2015 04:33 PM
iols jenis tak suka bersenam..tak suka basah ketiak..tak suka berpeluh..and i pun alergy dengan pe ...
scorpionkiki replied at 27-7-2015 04:33 PM
I pulak min 7 km jog 5 times a week. Pilates 40 mins, jugak 5 days a week...kalau ada masa I buat ...
obelisk replied at 27-7-2015 04:41 PM
wow 7km, impressive
ADVERTISEMENT