CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tetamu Yang Datang Adalah Rahmat, Namun Adakala Menyakitkan Hati

24-7-2015 04:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6075| Komen: 14

Oleh Fyruz Hanna

Terkenang kemeriahan raya minggu lepas, rasanya seperti baru semalam berjumpa dan bersua muka. Waktu itulah sama ada muda atau tua berkongsi kisah masing-masing. Macam-macam cerita.. almaklum lah setahun juga tidak bersua muka, masing-masing dengan gaya dan penampilan baru. Mesti banyak cerita yang nak dikongsi.


Pulang beraya, haruslah pulang ke rumah ibu bapa tercinta. Tempat kita membesar dan tanah air yang sememangnya menjadi tempat teduhan dari kecil sehingga meniti dewasa.

Adatlah berkumpul ramai-ramai, pastinya pertembungan cara hidup it bukan sahaja kita rasai malah orang baru juga rasai. Baik ipar duai, anak buah, cucu , serta sedara-mara pasti gamat dan ada jugalah sedikit sebanyak amalan dan cara mereka berbeza dengan kita.

(Sumber foto: Dulichsingapore)


Orang Melayu pula memang kaya dan penuh dengan adat, sehinggakan adat bertandang rumah orang juga ada dibukukan menjadi salah satu adat yang patut diamalkan oleh orang khususnya orang Melayu.

Namun, tidak sedap juga dengar cerita baru-baru ini dek kerana kurangnya adab dan adat yang diamalkan, habis dihambur perangai sanak-saudara di dalam sosial.

'Tetamu memang membawa rahmat kepada tuan rumah. Namun, janganlah sesekali kita mengambil kesempatan atas kebaikan tuan rumah. Jangan sampai menyusahkan sesiapa..'

(Sumber foto: Tourism Malaysia)


Mari kita singkap antara adab bertandang dirumah orang khususnya rumah saudara mara:

1. Jaga perilaku
Kita datang ziarah bukan untuk membandingkan rumah siapa lebih cantik, perabot siapa lebih mahal, karpet siapa nampak lebih gah. Selagi kita bergelar tetamu, adat bertamu di rumah orang haruslah dijaga supaya kita dihormati. Yang penting, jaga perilaku jangan membanding, mengutuk, atau mengata tuan rumah. Silap hari bulan dihalau, kan dah mendapat!

2. Latih anak supaya bersopan di rumah orang
Jika dirumah sendiri bolehlah anak-anak mahu berlari, berkejaran, panjat-memanjat mahupun menjerit sekuat hati. Namun jika di rumah orang, selari dengan makna tetamu, jadilah tetamu yang beradab dengan mendedahkan anak-anak anda dengan adat-adat bertandang di rumah orang. Bukan semua orang boleh terima perangai anak-anak kecil berlari berkeliaran. Bukan semua orang boleh menghadapi situasi bunyi bising kanak-kanak.

Seorang tetamu tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka” 

3. Ringan tulang
Semua sedia maklum, tulang itu tak lah ringan sebab itu, kita harus membuatkan tulang kita itu nampak ringan. Jangan amalkan sikap pemalas. Sikap pemalas ini tak kira dirumah orang malah rumah sendiri sebenarnya paling utama. Jika kita rajin, secara automatiknya kita akan sama ingin meringankan beban tuan rumah. Paling baik jika pulang ke kampung, kerjasama adalah kunci utama untuk menjadikan semua kerja lebih mudah dan cepat. Selain kita menggalakkan lagi persefahaman sesama saudara dan rakan taulan. Agihkan kerja mengemas rumah, membasuh pinggan, mengemop dan sebagainya supaya semua tak kira kecil mahupun besar turut sama melakukan aktiviti yang berfaedah disamping memberi pendedahan betapa pentingnya hidup bekerjasama.

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di anatra dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat:," Surah Al-Hujuraat, Ayat 10.

CARI Infonet
35

Bagus
20

Marah
33

Terkejut
27

Sedih
26

Lawak
45

Bosan

Friends Rank (186 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote bontotiku 29-7-2015 11:20 PM
memang datang ziarah ni mendekatkan keluarga.. tapi pada aku kalau lame sangat betenggek macam mintak putus saudara je.. ni saudara belah kakak ipar aku nak mai sini tdo esok sampai sabtu... agak2 mau aku putussskan tali pusat saudara
Quote saye2007 28-7-2015 12:06 PM
kekee.. if di rumah sendiri, bukan takat inlaw, dengan aku sendiri pun tungging langgang boleh tergolek tidur tengah rumah
ni bercerita adab pegi rumah org. harus la ada tatasusil sikit.....takde la sampai tuan rumah pun pening tgk gelagat kita....
Quote quepastiputeh 27-7-2015 10:34 PM
Memang lain jugak la.. masuk dgn klurga baru.. inlaw mg jenis tertib x macam kluarga sndr.. tp tula da kawin mcm tu kan.. tp bile pk.. patut lah xrapat ank beranak.. banyak sgt tatasusila kadang2 menyamph jugakm. Huhu
Quote saye2007 27-7-2015 12:25 PM
aku stress betul pegi beraya dengan keluarga inlaw...
pegi rumah org, suka suki je terkangkang, duduk kaki naik atas kusi..
pastu buat semua rumah tuan rumah macam rumah deorang sendiri..
aku yang ikut rombongan pun malu gile...
aku tegur laki aku je la, yang suka suki je tido terlentang kat ruang tamu
tuan rumah...... yang lain, sekali fil, mil.. suma sama je....  
kalau mak aku tu, harus la kena cubbiiit sampai lebam klu buat perangai gitu..
Dengan anak aku pun sama lari sana sini ...
Quote lizache 27-7-2015 01:48 AM
yg datang tak reti2 hormat tuan rumah mmg ramai...  ada tu dahlah dtg segerombolan, duk melahu dlm bilik bersembang berselfie sesama sendiri perasan lawa, bukan nak bercampur gaul beramah mesra dgn keluarga tuan rumah.. lagi buat muka sombong.. mari bertandang raya memasing baju mcm raya krismas..
Tuan rumah dok berperang di dapur sedia makanan untuk depa anak branak, hampeh tak ditolong.
bukan raya je, buleh kata setiap kali cuti ada je terjengol kat pintu.. cuti-cuti mesia free kekdahnya..  ...
Quote tom2 26-7-2015 05:51 PM
Ada tu sedara jauh duduk rumah, ramai adalah dalam 5 keluarga, masing2 pelahap habis barang dapur. Tu tak kesah la, masalahnye duduk nak dekat seminggu. Pastu still lagi mintak dilayan tetamu. Kita kate beras dah abes kena tunggu husband balik, boleh pulak buat muka masam. Hello cam.kita ni hamba dia nak kena jaga makan minum, dah duk lebih 3 hari pastu x sedar diri. Tolong la sesiapa jangan la duk rumah orang lama2.. x selesa tau x
Quote clarizsa 25-7-2015 12:19 PM
Easier said than done... yg no 2 tu.. i nk ucap tahniah kat penulis sbb dpt anak lembam x reti nak buas... jeles i..
Quote LolaLoly 25-7-2015 12:20 AM
Memang menyakitkan hati... kita ni beria muliakan tetamu.. tp ade sesetengah tetamu tu seperti 'hidung tak mancung, pipi tersorong2'... dtg rumah tu tak reti lah nk diam.. asyik nak mengecak je.. pasu ni cantik la.. nak... pinggan ni cantikk..nak.. xpe ko dah ada banyak... heeeeiii!!! Marah nau la teman.. sudahnye 2 kali raya teman beri alasan takde umoh.. huk! Puiii asyik nk kebas barang je
Quote audrea 24-7-2015 08:11 PM
Baru2 ni sedara jauh datang sekali dgn anak cucunya berderet ni haaa. Yg sakit hatinya semedang anak beranak ni keluor masuk toilet. Tu takpe lagi,  lepas semua dh balik baru perasan pampers anak tak berangkat letak kt mesin basuh kt rumah mak I. Bayangkn lah perangai tu dh beranak 4 5 kali pon tak reti hahh. Taktau malu sungguh lah dtg rumah org buat mcm tu
Quote mayaBB 24-7-2015 07:27 PM
sokong chef wan.. kadang2 kalau tak lahar dalam sosial media memang tak kan nak paham.. ujung2 nak sentap.

paling menyampah orang yang tak bole terime terguran...

and kalau maya.. memang akan lahar dalam fb je.. sebb kalau cakap depan2 tarik muka... huhu.. mendapat masing-masing.
Quote meya 24-7-2015 06:50 PM
Teringat ngan sorang kawan hubby dan bininya.  Macam orang tak faham bahasa.  Kalau adik beradik takpelah ni hanya kawan opis.  

Datang rumah ikut suka dia bila dia nak datang ...time awal pagi boleh datang rumah kita tanpa pergi bekfes dulu tanpa bawa anak dia yang tengah demam ke klinik..(siap bagitau lagi diorang tak bekfes lagi).

Ada tu datang dari pukul 10 pagi bukan ada hal pun saja datang pehtu tak reti nak balik-balik sampai kami anak beranak rasa tak selesa duduk rumah sendiri ..n ...
Quote katewilma 24-7-2015 06:29 PM
that is why my mom sangat marah if kita duduk rumah orang lelame.. balik kampung pun kalau tak reti nk menjaga perangai memang akan balik awai la...

bukan ape.. kadang-kadang dengan saudara mara pun bole terasa.. ng org luar apeetah lagi... yang mana yang pemalas kalau kaya takpe.. huhu... walaupun duit bukan la segala-gala.. tapi kalau pemalas dan miskin.. mg stok kene hina! tahnks tt..
Quote BungaTepiMeja 24-7-2015 06:24 PM
"Semua sedia maklum, tulang itu tak lah ringan"


bunga suka ayat ini... memang tak mudah nak jadi rajin... kalau yang PEMALAS tu TOLONGGGGG sangat2.. buat la rajin.. Buat BUAT pun tak pe.. menyakitkan hati la PEMALAS ni
Quote rogayahtop 24-7-2015 05:26 PM
Good info. Tq TT.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083650 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top