Dunia selebriti. Mungkin hari ini peminat melihat seorang penyanyi menyarungkan busana itu di malam penyampaian anugerah, esok lusa ada pula pelakon menggayakan pakaian sama untuk sesi fotografi.
Ini adalah situasi biasa kerana adakalanya mereka mendapat tajaan pakaian bagi sesebuah majlis terutamanya acara berskala besar dan berprestij.
Apabila Michael Ang 'dikuis' manja berkaitan baju merah yang dipakai dalam muzik video lagunya sama seperti pakaian Aliff Aziz pada pusingan 'battle' di pentas akhir Gegar Vaganza 8, pengarah dan penerbit itu menjelaskan jaket itu bukan kepunyaannya tetapi dipinjam daripada pereka fesyen.
"Baju itu disediakan jurugaya saya, Abu Shaef Hamza dipinjam daripada Neonate Company untuk muzik video,
"Tak salah dan bukan satu persoalan pinjam atau meminjam. Kau orang ingat kita artis kaya sangat semua beli. Baju pinjam aje," tulisnya di Instagram.
Jaket merah berkenaan bukan hanya digayakan oleh Michael dan Aliff tetapi juga pernah dipakai oleh MK K-Clique dan Izzue Islam.