CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hujan Batu Landa KL

25-1-2022 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1932| Komen: 14

Penduduk di beberapa kawasan di ibu negara dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Isnin.

Kejadian sekitar jam 5 petang itu berlaku di beberapa kawasan antaranya Ukay Perdana dan Wangsa Maju.



Kredit foto: IG Adam

Fenomena itu menjadi tular di laman sosial apabila netizen mula berkongsi perihal hujan batu tersebut.

Pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah menerusi hantaran di media sosial berkata, fenomena hujan batu itu merupakan kali pertama berlaku dalam hidupnya.

“Sekarang tengah hujan lebat, tiba-tiba dengar bunyi bising, keluar rumah tengok ada banyak ketulan ais jatuh ke lantai rumah.


“Hujan batu pertama kali dalam hidup, MasyaAllah, SubhanaAllah, Allahuakbar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.



Menurut satu infografik yang dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan batu adalah sejenis kerpasan pepejal atau gumpalan ais tidak sekata yang terhasil dalam awan ribut petir atau Kumulonimbus (Cb).

“Ia biasa berlaku apabila keadaan atmosfera tidak stabil dan di dalam awan Cb kehadiran arus menaik yang kuat berserta udara yang tinggi menghasilkan ketulan ais.

“Hujan batu biasanya berlaku apabila ketulan-ketulan ais tersebut jatuh dan tidak cair sepenuhnya sebelum mencecah bumi,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, ia boleh terjadi di sebarang tempat apabila ribut petir berlaku terutamanya yang melibatkan pembentukan awan Cb yang kuat.

Tambahnya, fenomena hujan batu ini akan memberi kesan antaranya kerosakan pada kereta, pesawat, tingkap dan struktur berbumbung kaca.

“Ia juga memberi kesan kerosakan kepada tanaman, bangunan, harta benda awam, dan kecederaan kepada manusia.

“Selain itu, mereka dinasihatkan untuk mengelakkan berada di kawasan lapang, segera berlindung di bangunan yang kukuh dan selamat.

“Jauhi tingkap dan parkir kenderaan di tempat yang tertutup atau struktur yang kukuh seperti di bawah jambatan,” ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 25-1-2022 10:25 AM
Ok. Ini memang menakutkan. Terasa ada keperluan untuk tempah kontraktor pasang bumbung porch kereta lepas ni.
Quote buragazz 25-1-2022 10:42 AM
Hail Storm
Quote Samerosie 25-1-2022 10:54 AM
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.
Quote Samerosie 25-1-2022 10:56 AM
insulin replied at 25-1-2022 10:25 AM
Ok. Ini memang menakutkan. Terasa ada keperluan untuk tempah kontraktor pasang bumbung porch kereta  ...

Tunggu besar ni baru pasang...


Quote manzilla 25-1-2022 10:58 AM
Selepas ini pihak insuran akan mula menawarkan "pakej hujan batu & meteor" bermula serendah $59 sebulan.
Quote Artemesiaa 25-1-2022 12:56 PM
Kecik2 macam tu kalau kena kepala sakit juga tu
Quote Decaffeinated 25-1-2022 12:58 PM
tak payah fefeeling turun snow ya tuan2

hujan batu ni memang batu tak usah ngengade pi tadah kepala.

Quote 3chanceno 25-1-2022 01:10 PM
Semuga semua terselamat dari perkara yg tidak elok
Quote shernazz 25-1-2022 04:02 PM
Trringat masa skola
Gi.kantin tetiba kena hujan.sakit gila
Rupanya hujan batu
Tp nasib batu dia kecil2 je...
Kalau beso2..innalillah dah iols
Quote dua_chzy 25-1-2022 04:07 PM
Aiol first time merasa hujan batu tahun 1999. Pastu takda dah.
Quote Skuau 25-1-2022 04:11 PM
Samerosie replied at 25-1-2022 10:54 AM
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.

lebih baik di negeri sendiri...'amik ko' la kekdahnya tuk orng KL...
Quote gekkou 25-1-2022 05:24 PM
aku x pernah mengalami penampakan hujan batu
ke sbb aku memang jenis duduk dalam bangunan diam2
Quote kakikuDibibirmu 25-1-2022 05:32 PM
Samerosie replied at 25-1-2022 10:54 AM
Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.

Elok lagi negeri sembilan
Quote makadek 25-1-2022 08:57 PM
Hujan batu negeri sendiri pn tamau
Nehi weynak

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.082793 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top