Menurut video itu, pemuda itu berang kerana pernah dipukul Abang Ali ketika zaman persekolahannya. Walau bagaimanapun, tidak dapat
dikenal pasti punca sebenar pemuda itu dipukul.
“aku sebenarnya sakit hati, cerita aku dulu dia ini masuk rumah aku masa
aku sekolah menengah, dia pukul aku. Aku tanya kenapa ni? lepastu dia main suka hati
pukul-pukul aku..sakit badan aku ooii
. Masa dia pukul-pukul orang dulu dia fikir tak dia akan mati, sekarang siapa
yang berkuasa? Kalau kau tahu kau ada tuhan mesti kau tahu tuhan yang berkuasa”.
Rata-rata netizen tidak setuju dengan cara pemuda itu meluahkan
perasaannya di facebook dan ada memberi pendapat mengatakan pemuda itu
mengalami masalah mental atau di bawah pengaruh dadah.
Sedikit info, Arwah Abang
Ali telah bergerak solo bersama Yusuf Azmi serta menubuhkan Persatuan Pengguna Semboyan
Malaysia ( PPSM ). Menurut Yusuf Azmi, perjuangannya bersama Arwah hampir mencapai 10 tahun. Katanya lagi, dia sudah menganggap Arwah Abang Ali seperti Abang kandungnya yang ada bersama kita senang dan susah. Beliau meminta semua mendoakan agar rohnya tenang
serta dicucuri rahmat. AL- FATIHAH. - CARI