Oleh Fyruz
Cinta akhirnya bersatu buat pasangan Ashton Kutcher dan Mila Kunis yang khabarnya telah bernikah. Seperti yang dilaporkan People, pasangan selebriti itu mengikat kata janji namun wakil kedua mereka masih tidak memberi sebarang pengesahan.
Mereka yang sama-sama membintangi komedi sejak 1998 itu terlibat dengan cinta lokasi apatah lagi dengan penglibatan banyak aksi ciuman dalam set.
"Ciuman sebenarnya saya yang pertama adalah dengan dia." kata Mila sewaktu ditemubual majalah W.Tambahnya lagi, "Semua orang pernah jatuh cinta pada seorang bintang. Saya menikahi milik saya."
Kedua bintang filem itu mula bersama pada 2012 dan akhirnya bertunang pada Februari 2014 lalu. Dikurniakan seorang anak perempuan Wyatt isabelle pada Oktober 2014, mereka tidak kekok bercinta meskipun jarak usia 6 tahun.
Pasangan ini yang sibuk menguruskan anak membuatkan penggemar bertanya-tanya adakah mereka akan bernikah atau tidak.
Seperti status Fb yang dimuatnaik oleh Kutcher yang menulis "Selamat tahun baru, dari The Kutchers." Adakah itu petanda mereka telah berkeluarga? Jika ya ini merupakan pernikahan pertama Mila manakala Kutcher pernah sebelum ini menikasi Demi Moore dan berpisah pada 2013. -LadyLista.
Sumber: PeopleMagazine
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|