Taktik dua pencuri wanita di Indonesia yang memakai pakaian menyerupai golongan kelas atasan akhirnya berjaya dihidu selepas mereka diberkas orang ramai kerana dituduh mencuri telefon bimbit, lapor laman berita Berita Hits.
Berdasarkan klip video yang tular di TikTok, dua wanita tersebut dilihat diberkas sekumpulan lelaki dalam kejadian yang dikatakan berlaku di sebuah pasar raya. Kredit foto: TikTok @thriftshopketjeh/Berita Hits “Dua orang gadis, sila berhati-hati semua. Di mana juga anda berada, sila jaga barangan berharga milik anda kerana semakin banyak kes seperti ini,” kata seorang pengguna media sosial yang memuat naik video itu.
Dalam klip video tersebut, kelihatan seorang gadis memakai gaun berwarna coklat sedang dibawa oleh beberapa orang lelaki ke suatu tempat. Di hadapan gadis tersebut, seorang lagi gadis dipercayai rakan subahatnya memakai baju berwarna merah jambu turut dibawa untuk disoal siasat. Kedua-dua mereka dilaporkan ditangkap ketika cuba mencuri telefon bimbit di pasar raya itu. Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen. Sumber: Kosmo
|
saviour_09 replied at 19-1-2022 07:41 AM
ya di sini pula mereka juga ibarat socialit
suamiku ke hulu, suamiku ke hilir
matchstick replied at 19-1-2022 07:50 AM
Mcm kenal je so-sial-it tersebut
ADVERTISEMENT