Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita enggan memberi ruangan parkir walaupun ruangan itu kosong. Menurut pengguna tersebut, wanita itu mendakwa tempat letak kereta yang kosong itu miliknya walaupun tidak kelihatan kereta lain ketika waktu itu. Difahamkan, tindakan wanita yang berdiri di tempat parkir itu berlaku di satu kawasan sekitar Sri Petaling.
Menerusi hantaran video yang telah mendapat lebih 270,000 kali tontonan itu, rata-rata netizen turut memberikan respon negatif dengan mengecam tindakan wanita yang pentingkan diri sendiri itu. Menurut PDRM, perbuatan cop parkir salah dari segi undang-undang dan ia jatuh di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan di bawah Seksyen 119, dan akan didenda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan. Sumber: BeautifulNara |
Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
SHARE UTK SIMPANAN
INFO:
“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”
Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.
ukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.
Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:
1. Emel ke [email protected]
2. http://www.wasap.my/60134498997/AduanJPJ
Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kenderaan, butiran kejadian.
lemak_masin replied at 19-1-2022 11:46 AM
Kalau moto parking kat tempat kete boleh tak report?. Menyampah betul aku moto suka-suka parking ten ...
lemak_masin replied at 19-1-2022 03:46 AM
Kalau moto parking kat tempat kete boleh tak report?. Menyampah betul aku moto suka-suka parking ten ...
Mulotkoyak replied at 18-1-2022 08:58 PM
Maksudnye Kalo ade kedai yg letak kerusi depan kedai die bole kne denda jugak la kan? Lepas tu yg be ...
ADVERTISEMENT