CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Disindir Mentua Jadi Ratu Di Rumah Sebab Tak Reti Kupas Kulit Mangga

19-1-2022 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1932| Komen: 4

Description: Pertemuan buat pertama kali bersama bakal ibu mentua mungkin perkara paling ditakuti serta mendebarkan bagi seorang wanita.
Pertemuan buat pertama kali bersama bakal ibu mentua mungkin perkara paling ditakuti serta mendebarkan bagi seorang wanita. 

Wujud perasaan bimbang jika bakal mentua tidak menyukai personaliti diri dan seterusnya tidak merestui hubungan. 


Gambar hiasan

Namun, setiap ibu sudah pasti menginginkan yang terbaik untuk mereka, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

Menerusi satu ciapan dari pengguna laman Twitter dikenali sebagai Area Julid berkongsi kisah seorang wanita yang baru sahaja bertemu dengan bakal ibu mentuanya.


Namun, pertemuan berkenaan bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila ibu teman lelakinya itu memintanya untuk mengupas mangga. Lebih cemas apabila dia tidak tahu bagaimana untuk melakukannya.


Gambar hiasan

Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa ibu teman lelakinya itu menyindir dengan kata-kata yang menyakitkan hati gara-gara dia tidak reti untuk mengupas mangga.


Kredit foto: Twitter

Susulan daripada itu, wanita berkenaan meminta maaf kepada bakal ibu mentuanya itu dengan memberitahu hal yang sebenar serta mengatakan bahawa dia memang tidak mahu melakukan perkara itu semasa di rumah.


Sumber: OHBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 19-1-2022 01:14 PM
Indon lagi?? Lemahhh!
Quote pinggan 19-1-2022 01:24 PM
Lain kali, apa2 google dulu. YouTube videos pun banyak. Sapa suruh gi umah pacar. Lain kali buat homework. LoL
Quote babelina 19-1-2022 02:42 PM
tingat pula program cari menantu cektha.. ada sorg bdk nie.. suka tgk dia.. sweet sgt.. comel jer.. kt umah dia semua maid yg buat.. masa program tu dia kna wat la task kn.. terkial2 ptg buah.. basuh pinggan mangkuk.. buat cekodok.. hahaha..
Quote Artemesiaa 21-1-2022 04:49 PM
Sebab tu kena rajin kedapur kurang2 tahu buat benda basic

Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-5-2022 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069237 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top