Kesatuan polis Itali menerima banyak aduan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggotanya disebabkan pengedaran pelitup muka berwarna merah jambu kepada mereka, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Menurut Kesatuan Polis Autonomi (SAP) yang mewakili satu per lima pihak berkuasa di negara itu, pemakaian pelitup muka merah jambu merosakkan imej institusi tersebut. Dalam suratnya kepada Ketua Polis Itali, Setiausaha Agung SAP, Stefano Paoloni membantah pemakaian pelitup muka merah jambu bagi hampir 20,000 ahlinya. “Merah jambu bukan warna yang sesuai untuk identiti anggota polis dan kami agak keliru bagaimana warna itu diluluskan oleh pihak atasan.
“Kami menyeru tindakan segera untuk memastikan rakan sekerja berkhidmat dengan pelitup muka warna berbeza contohnya putih, biru atau hitam selaras dengan pakaian seragam polis negara ini,” tulis surat itu. Dalam masa sama, SAP menafikan pihaknya bersikap prejudis terhadap pelitup muka warna merah jambu namun pemakaiannya bagi anggota polis dibantah berdasarkan dasar seragam polis negara. Di Twitter, Timbalan Menteri Infrastruktur Itali, Teresa Bellanova menyelar isu tersebut dengan mengatakan penghormatan terhadap pakaian seragam tidak datang dari warna pelitup muka. “Pakaian seragam dihormati kerana tingkah laku dan integriti kerja anggota tidak kira lelaki atau wanita yang memakainya,” kata Bellanova. Sumber: Kosmo
|
besi_kelabu replied at 18-1-2022 12:46 PM
lec aku dulu penah cakap..kalo ko tu dah memang cukup hormon lelaki pakai warna apa pun memang tak k ...
Adrif replied at 18-1-2022 09:08 PM
family aku pernah belikan baju t-shirt berkolar, warna pink cerah membutakan mata seperti oink oin ...
Adrif replied at 18-1-2022 09:08 PM
family aku pernah belikan baju t-shirt berkolar, warna pink cerah membutakan mata seperti oink oin ...
Jitu replied at 19-1-2022 12:08 AM
lah kenapanya tak pakai ?
kita same lah berkulit cerah
aku suka pakai baju warna pink dr warna m ...
kakikuDibibirmu replied at 19-1-2022 01:35 AM
Puting, puting, puting
tumpanglalu74 replied at 18-1-2022 02:43 PM
ADVERTISEMENT