Bermain permainan video untuk menghabiskan waktu sememangnya tidak salah, tetapi sebagai perkerja kita perlu mengikut waktu dan tidak boleh mengabaikan tugasan.
Namun, dua anggota polis di Amerika Syarikat ini tidak memahami konsep itu.
Mereka dipecat selepas didapati mengabaikan panggilan untuk memeriksa satu kawasan yang dikatakan berlaku kes rompakan, sebaliknya anggota terbabit ralit bermain Pokemon GO. Bukan perompak yang ditangkap, sebaliknya bekerja keras menakluki Pokemon! Menurut laporan mahkamah, kedua-dua mereka didapati berborak tentang lokasi Pokemon Snorlax dan Togetic, malah meraikan kejayaan mereka selepas berjaya menangkap Pokemon Togetic. Anggota terbabit bagaimanapun menafikan bermain permainan itu, tetapi mahkamah tidak menerima alasan diberi dan memutuskan untuk memecat mereka. Mahkamah juga menolak rayuan dua anggota terbabit dan mereka masih didapati bersalah atas perbuatan mereka. Nampaknya, sekarang baru boleh faham kenapa Pokemon GO pernah diharamkan di Malaysia sebelum ini. - CARI |
sharlenetexas replied at 11-1-2022 10:39 PM
Masih ada yg main pokemon go ke?
Adrif replied at 11-1-2022 11:54 PM
aku baru main. paksa diri naik level
game dia so-so je..
putriTS replied at 12-1-2022 05:38 PM
Oh......bagus jugak eh strategi tu. Nanti orang stop by nak battle sambil2 bole beli kuih. I tolon ...
ADVERTISEMENT