View: 960|Reply: 7
|
Kerana Pokemon Go, Dua Polis Dipecat Endahkan Kes Rompakan!
[Copy link]
|
|
Bermain permainan video untuk menghabiskan waktu sememangnya tidak salah, tetapi sebagai perkerja kita perlu mengikut waktu dan tidak boleh mengabaikan tugasan.
Namun, dua anggota polis di Amerika Syarikat ini tidak memahami konsep itu.
kredit foto: ScreenRant
Mereka dipecat selepas didapati mengabaikan panggilan untuk memeriksa satu kawasan yang dikatakan berlaku kes rompakan, sebaliknya anggota terbabit ralit bermain Pokemon GO.
Bukan perompak yang ditangkap, sebaliknya bekerja keras menakluki Pokemon!
Menurut laporan mahkamah, kedua-dua mereka didapati berborak tentang lokasi Pokemon Snorlax dan Togetic, malah meraikan kejayaan mereka selepas berjaya menangkap Pokemon Togetic.
Anggota terbabit bagaimanapun menafikan bermain permainan itu, tetapi mahkamah tidak menerima alasan diberi dan memutuskan untuk memecat mereka.
kredit foto: Dexerto
Mahkamah juga menolak rayuan dua anggota terbabit dan mereka masih didapati bersalah atas perbuatan mereka.
Nampaknya, sekarang baru boleh faham kenapa Pokemon GO pernah diharamkan di Malaysia sebelum ini. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Selayaknya dah kena pecat layan ler siang ke malam asal sanggup |
|
|
|
|
|
|
|
Memang addicted pokemon go ni. Tp syok laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Masih ada yg main pokemon go ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aku baru main. paksa diri naik level ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
game dia so-so je..
tapi, aim aku, nak register kedai kuih atok aku kat kampung ni, jadi pokestop
nak register pokestop kena level 30 ke berape ntah
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh......bagus jugak eh strategi tu. Nanti orang stop by nak battle sambil2 bole beli kuih. I tolong mainkan utk anak. Dia main kat phone dia tapi phone tu xde SIM, rely wifi je. So, install la pokemon go dlm phone i jugak utk gi kutip free spin merata. Last2, maknya pulak dah terjebak.
|
|
|
|
|
|
|
|
yup, kedai kuih style zaman dulu je. cuma dimodenkan tempat memasak kat dalam. ada mesin mesin penguli, meja panjang untuk buat kerja, etc.kedai tradisi 30 tahun. dari atok, sekarang turun ke pakcik pula.
selalu budak2 balik sekolah beli kuih & pau, duduk berehat kat bangku panjang makan ramai-ramai.
kadang2 polis peronda singgah. orang2 kampung memang pelanggan utama sejak azali.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|