Oleh : Izzah Abbasy
Sumber Foto : madeinsabah.wordpress.com Tradisi memasang pelita semasa bulan Ramadhan adalah simbol meraikan bulan yang penuh mulia ini. Jika mengikut fahaman orang-orang tua, pelita dipasang kerana untuk memudahkan orang kampung yang ke surau untuk menunaikan solat terawih. Apabila jalan terang ditemani cahaya pelita, mereka yang ke surau atau masjid tidak bimbang untuk pulang lewat malam sendirian. Namun, tradisi itu kian sepi dek kerana adanya lampu elektrik yang menggantikan pelita ini. Bagaimanapun, tradisi ini masih ada dan kekal sehingga kini. Siapa kata, di bandar tiada yang memasang pelita? Pelita masih diterangi di bandar tetapi ia cuma beberapa rumah sahaja dan boleh dikira dengan jari. Namun, berbeza di kampung kerana tradisi ini masih diteruskan oleh kebanyakan penduduk kampung. Sungguhpun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli minyak tanah dan pelita, semua itu tidak menjadi halangan kerana apa yang penting tradisi ini harus diperkenalkan sehingga habis keturunan.
Malahan, ada beberapa kampung yang menjadikan tradisi ini sebagai satu pertandingan. Penyertaan oleh penduduk kampung biasanya amat baik sekali kerana mereka gigih dan saling bergotong-royong untuk mempamerkan rekaan pelita yang paling cantik. Bahkan, ia menjadi perhatian warga asing yang berkunjung ke situ dan sekaligus menaikkan imej kampung ke mata masyarakat. - CARI Infonet.
|
26
Bagus |
14
Marah |
14
Terkejut |
20
Sedih |
25
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT