|
Sumber Google Isu syarat pelakon perlu mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial terus hangat diperkatakan dalam kalangan penggiat seni tanah air. Ada yang mempertahankan keputusan stesen TV dan ada juga yang merasakan perkara itu tidak adil kerana seseorang itu harus dinilai pada bakat dan bukan jumlah peminat semata-mata. Pelakon terkenal, Ogy Ahmad Daud antara selebriti yang secara terbuka kurang bersetuju dengan syarat berkenaan. Menerusi Instagram, Ogy mengulas kemenangan Oh Yeong-Su dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 bukan dipengaruhi jumlah pengikut media sosial.
Kemenangan yang memihak kepada pelakon berusia 77 tahun itu adalah disebabkan mutu lakonan dan pemahaman watak hingga menambat hati juri Hollywood. Sumber Malay Mail "Malaysia sekarang sudah jadi kilang pelakon tidak bermutu kerana produser tunduk pada kehendak stesen tv. Saya suka berlakon dengan bakat baharu tetapi bakat baharu yang ada ilmu dan membuat persiapan. Bakat baharu macam ini saya respect. Mereka walapun pertama kali sudah ada ilmu. Malaysia sekarang ambil influencers yang malas timba ilmu," katanya.
|


. 
GegarVaganja replied at 11-1-2022 01:25 PM
Aktor hebat tak jual sambal untuk bayar hutang.
Dia jual sambal untuk mengisi masa lapang time pkp j ...
ariellin replied at 11-1-2022 07:38 PM
Jauh sgt nk bndingkan retis kita dgn south korea acik oiiiii .
Pelakun kita ni mcm berlakun j ...



dudaberhias replied at 11-1-2022 01:52 PM
bohong sangat nek pes kari oiii... deorang pun dah dapat bermilliyunzzzz followers...
deorang bukan ...
ADVERTISEMENT