"Sebelum ni pakai tudung selalu nampak rambut, kadang-kadang Arryan tegur saya, katanya rambut ibu terkeluar tu... jadi secara tak langsung saya pun kena lebih berhati-hati soal pemakaian." Berikutan anak tunggalnya, Muhammad Arryan Firdaus menyambung pengajian ke sekolah agama, usahawan kosmetik Joy Revfa bukan sahaja semakin mendalami ilmu agama, malah dia turut berhati-hati dalam soal pemakaian. Menerusi Instagram, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 35, berkongsi beberapa foto dia bersama anaknya yang memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah tahfiz di ibu negara.
"Alhamdulillah Arryan sudah masuk darjah dua tahun ini, dia sambung pengajian di sebuah sekolah agama... sejujurnya sebagai ibu rasa seronok sangat anak sambung belajar sekolah agama sebab memang banyak kebaikan dia masuk sekolah tahfiz itu. "Saya pun mula memperbaiki diri antaranya mengenai pemilihan pemakaian yang lebih sopan dan menutup aurat, saya kena berubah untuk jadi contoh kepada Arryan... sekarang nak pakai pakaian ketat dan tudung singkat pun rasa malu," katanya kepada mStar. Katanya, Arryan memang bercita-cita menjadi ustaz sejak kecil. Disebabkan cita-cita anaknya itu juga Joy menghantar Arryan ke tadika agama. "Dia sejak kecil suka dengar orang mengaji dan buka YouTube bacaan zikir. "Alhamdulillah sekarang Arryan dah mula menghafaz Al-Quran... dia juga ada ajar saya sebutan dalam Iqra. "Yang bagusnya apabila anak masuk sekolah agama ini, bukan sahaja boleh mendidik anak-anak tetapi secara tak langsung didik jiwa ibu bapa juga," ujarnya. Semoga Joy bertahan istiqamah dengan perubahan ini. - CARI
|
iluma replied at 11-1-2022 08:59 AM
teruk sgt gmbr dia filter kt if
terus jadi Barbie
sekali kt IG org lain terus jadi KEPAM
selipar_hijau replied at 11-1-2022 09:46 AM
cuba bubuh gambar2 biasa dia tanpa filter
ADVERTISEMENT