Dua penghuni termasuk kanak-kanak di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di daerah ini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas menjamah juadah tengah hari, semalam.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nurkasih Segamat, Azizah Elias yang juga petugas di PPS berkenaan, dia menerima panggilan pada pukul 2 pagi tadi daripada salah seorang penghuni PPS yang memaklumkan anaknya sakit perut dan muntah. “Saya menerima panggilan daripada wanita itu yang berada di unit kecemasan Hospital Segamat, dia beritahu anaknya telah diberikan dua botol air drip kerana mengalami keracunan makanan. “Mereka dipercayai menjamah menu tengah hari semalam yang tiba lewat di PPS tersebut pada pukul 1.45 petang, kami sebenarnya sudah mendapati makanan yang dihantar sebanyak 29 bungkus itu telah basi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, penghuni PPS di situ turut mengadu menu sayur kubis dan ayam masak kicap telah basi kerana mengeluarkan bau kurang menyenangkan, malangnya terdapat beberapa penghuni sudah menjamah makanan tersebut kerana terlalu lapar. “Saya dan beberapa petugas PPS mengambil tindakan mengumpul semula semua bungkusan makanan yang diterima dan tidak benarkan penghuni memakannya. Pada pukul 2.30 petang pula, pihak penyedia makanan menghantar 50 bungkus lagi nasi bagi mencukupkan 79 bungkusan untuk semua penghuni di situ dengan menu sama tetapi tiada sayur kubis. “Makan malam pula diterima pada pukul 7.15 malam dengan menunya masih sayur yang sama iaitu kubis. Dengan kualiti makanan basi, kuantiti yang tidak berbaloi dibayar dan kelewatan penghantaran, saya rasa ini tidak sepatutnya berlaku kerana yang jadi mangsa adalah penghuni PPS sampai ada yang keracunan makanan,” katanya. Menurut Azizah, ia adalah penyedia makanan kedua yang dipertanggungjawab oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setelah pembekal pertama tidak dapat memenuhi permintaan penyediaan makanan kerana jumlah penghuni PPS yang bertambah kira-kira lima hari lalu. Katanya, dia juga telah memaklumkan secara terus kepada pihak pembekal terbabit mengenai kualiti dan kuantiti makanan yang tidak memuaskan, namun perkara itu tidak diendahkan sebelum isu memuncak apabila ada penghuni yang keracunan makanan. “Bukan niat saya untuk memanjangkan isu ini atau menutup periuk nasi sesiapa tetapi saya hanya mempertahankan hak penghuni PPS ini yang telah banyak menanggung kesusahan kerana banjir. Ramai yang sudah tiada duit, rumah tenggelam, harta benda musnah dek banjir. “Mereka telah ditimpa musibah yang dasyat jadi menjadi tanggungjawab di PPS ini menjaga kebajikan dengan memberi yang terbaik untuk mereka dan keracunan makanan bukanlah isu kecil,” katanya. Azizah yang juga pengusaha makanan berkata, sepatutnya dengan caj RM5 sekepala bagi menu sarapan pagi dan minum petang serta RM10 bagi makanan tengah hari dan makan malam, menu yang lebih memuaskan boleh disediakan pembekal. “RM5 sarapan pagi boleh disediakan nasi goreng dan ayam seketul, soto nasi atau lontong berkuah lemak dan tambah sekeping dua kuih-muih siap air teh o atau kopi. Tetapi apa yang diterima penghuni amat menyedihkan dan pembekal seolah sambil lewa menyediakan makanan,” katanya. Sumber: Utusan
|
Normabaru: Lauk ayam kecik sayur sikit ba ...
Skuau replied at 10-1-2022 05:58 PM
ni bkn tolong ni....dh bg orng 'penyakit'... dh ni.
Cik_jantung replied at 10-1-2022 06:30 PM
KL nasi bajet ayam goreng berempah kuah Kari kosong n sambal n ulam.kobis masih rm4.50.
Harga 10 k ...
Normabaru replied at 10-1-2022 06:01 PM
Lauk ayam kecik sayur sikit basi plak mcm gitu rm10 area segamat?bapak mahal..patut dh dpt job bagil ...
Tinot7 replied at 11-1-2022 01:21 AM
kaka beli kat mana nih?
Cik_jantung replied at 10-1-2022 08:30 PM
KL nasi bajet ayam goreng berempah kuah Kari kosong n sambal n ulam.kobis masih rm4.50.
Harga 10 k ...
Normabaru replied at 10-1-2022 11:26 PM
Dekat sekitar area klcc ja dik tinot..dkt bangunan bsn sama Public bank cafe Pon kaka ada je makan ...
Tinot7 replied at 11-1-2022 01:29 AM
iols tak dpt rega mcm tuh.. harap masa bulan posa beli nasi bajet dari bazaar je dpt rega mcm tuh. ...
tumpanglalu74 replied at 11-1-2022 01:39 AM
PPS & basi berpisah tiade..
Normabaru replied at 10-1-2022 11:33 PM
Ko duk area kerinchi tu kan dik? Ke kaka Salah..
Normabaru replied at 10-1-2022 11:41 PM
Kira dh nk basi br release bg kt mangsa ke cmne..
Kaka xphm tajuk cite dia
Tinot7 replied at 11-1-2022 01:44 AM
iols ada dekat2 area tuh.. tak dok sana.. tapi la ni takde kat sana..
Normabaru replied at 10-1-2022 11:49 PM
G dkt area pantai dalam atas sikit..situ murah..xsilap kaka la..dulu kat area situ ada ayam golek ...
ADVERTISEMENT