CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurutera Didenda RM6,000 Jual Gambar Lucah RM100

10-1-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1541| Komen: 4

Gara-gara menjual gambar lucah wanita dengan harga RM100 melalui aplikasi Telegram dua tahun lalu, seorang jurutera didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.


Hakim Norshila Kamaruddin menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd. Azri Zahari, 34, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.


Mohd Azri ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sekiranya OKS gagal membayar jumlah denda itu, dia boleh dipenjara selama enam bulan lagi dan OKS membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi Telegram akaun “Menteri Pasola” telah secara sedar memberikan komunikasi lucah bagi maksud komersial (menjual) kepada seorang lelaki yang kemudian gambar lucah itu dilihat pada 4 Mac 2019 pukul 8.21 malam di sebuah rumah di Bandar Sunway di sini.


Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(2) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (akta 588) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili OKS memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan OKS insaf dengan apa yang telah dilakukan dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“OKS yang juga seorang duda bekerja sebagai jurutera. Dia juga merupakan penanggung utama keluarga dan memilih untuk mengaku bersalah kerana mahu menjimatkan masa mahkamah,” kata peguam itu.

Ketika prosiding, hakim itu bertanya adakah tindakan OKS menjual gambar lucah tersebut untuk menambah pendapatan (for money), peguam OKS  menjawab tidak, kerana ketika kejadian anak guamnya sedang mengalami tekanan kerana masalah rumah tangga.

Bagaimanapun Pegawai Pendakwa daripada daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Nazrul Hizam Mohd. Zameri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda setimpal dengan mengambil kira faktor OKS menjual gambar lucah seolah-olah menjual harga diri mangsa.

Sebelum hukuman dijatuhkan, hakim itu menasihatkan agar OKS bertaubat dengan apa yang telah dilakukan.

“Mahkamah beri peluang untuk kamu (OKS) repent (bertaubat), jika kesalahan kali kedua hukuman akan lebih tinggi,” kata hakim itu. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 10-1-2022 05:41 PM
Umur 34 perot sudah maju begitu?
Quote Artemesiaa 10-1-2022 05:45 PM
Kerja sia2 beribu ruginya
Quote syaz_lina 10-1-2022 07:24 PM
Perut tu mkn duit haramm ke membulat gitoo..tolong la jauhkan dari keturunan perangai camni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.343195 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top