CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara 4 Tahun Lagi Sebab Suu Kyi Miliki ‘Walkie-Talkie’

10-1-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 870| Komen: 0

Description: Mahkamah Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi atas beberapa kesalahan.
Mahkamah Myanmar hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi atas beberapa kesalahan.


Lapor media tempatan Suu Kyi, 76, didapati bersalah antara lain kerana memiliki peralatan radio komunikasi atau ‘walkie-talkie’.


Kredit foto: AFP

Dia sedang berhadapan dengan 11 pendakwaan yang membawa hukuman penjara sehingga 100 tahun jika sabit kesalahan.

Bulan lalu, dia dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah menghasut dan melanggar peraturan berkaitan COVID-19, yang kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun atas dasar kemanusiaan.


Penyokong pemenang anugerah Nobel itu mendakwa semua pendakwaan terbabit diada-adakan bagi menyingkirkan Suu Kyi dari arena politik.
Perbicaraan itu diadakan secara tertutup.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.145116 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top