CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Kuil Dibina Dalam Gua, Bakal Diroboh Atau Tak?

10-1-2022 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4104| Komen: 42

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa tempatan berhubung notis pengusiran beberapa tokong dibina di dalam gua.


Menurut beliau, pihaknya akan bertemu dengan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak dan Pegawai Daerah Kinta bagi mendapatkan gambaran sebenar.

“Saya akan bertemu dengan mereka hari ini. Saya juga akan membawa isu ini semasa mesyuarat Exco bagi melihat apa jalan penyelesaian yang boleh diambil,” katanya.

Media semalam melaporkan, pihak pengurusan Kuil Nam Thean Tong di Gunung Rapat diberikan notis daripada Pejabat Tanah Daerah Kinta pada Jumaat supaya mengosongkan gua berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Kuil tersebut yang terletak di dalam gua dikatakan berusia 155 tahun dan merupakan salah satu lokasi yang kerap dikunjungi.


Ia terletak bersebelahan Kuil Sam Poh Tong yang merupakan destinasi pelancongan popular di bandar ini.


Kuil Nam Thean Tong yang terletak dalam gua di Gunung Rapat, Ipoh. - FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

Selain Kuil Nam Thean Tong, difahamkan 19 buah kuil lain di dalam beberapa gua di sini yang juga merupakan tanah kerajaan menerima notis sama dan bakal berdepan tindakan serupa.

Kosmo! pernah melaporkan sebelum ini bahawa tindakan menduduki mana-mana gua di negeri ini tanpa kebenaran adalah salah kerana ia merupakan tanah kerajaan yang tidak boleh diceroboh walaupun atas apa tujuan sekali pun.

Ini termasuk membersih, menggali, mendirikan bangunan atau struktur termasuk mengalihkan kayuan sedia ada.

Pencerobohan gua adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 iaitu sama sepertimana tindakan menceroboh tanah kerajaan lain.

Tindakan penguatkuasaan di bawah seksyen ini memperuntukkan denda sebanyak RM500,000, penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 10-1-2022 07:53 PM
Sorry to say, Kalau masjid, xde hal kan nak roboh2 ni
Quote keane.somewhere 10-1-2022 08:09 PM
Consider la sikit ..kawasan tu kan kawasan pelancongan.
Quote FOTHER-MUCKER 10-1-2022 08:22 PM
Tak perlu tanya!

Sila robohkan jika ianya dibuat di atas tanah kerajaan.  Dan sesiapa yang melarang juga harus di robohkan sekali. Jadilah satu kerajaan yang berani untuk negara. Bukan jadi penakut untuk politik!
Quote Belibis 10-1-2022 08:27 PM
Berani ke??? Kes arwah adib pun berkaitan kuil jugak..haus gitu jer..
Quote kitmal 10-1-2022 09:23 PM
sudah berusia 155 tahun baru sedar nak roboh ke??? dulu semua tidur ke?
Quote sharlenetexas 10-1-2022 09:43 PM
Tak takut gua runtuh ke?

Quote Decaffeinated 10-1-2022 10:10 PM
nak roboh semua tu mungkin payah. Just buat cut off period lah eg. kurang dari 100 tahun or whatever. Alasan tu pandai2 lah cari.

Quote dua_chzy 10-1-2022 10:13 PM
Kalau baru 15 tahun boleh la roboh. Ini udah 155 tahun. Nak roboh hapa lagik?
Quote Radzor 10-1-2022 10:30 PM
Batu cave has set the precedence
Quote TOPwind 10-1-2022 10:41 PM
Edited by TOPwind at 10-1-2022 10:42 PM
FOTHER-MUCKER replied at 10-1-2022 08:22 PM
Tak perlu tanya!

Sila robohkan jika ianya dibuat di atas tanah kerajaan.  Dan sesiapa yang melarang ...

mcm Singapork hantu pun tak berani nak kata no kat gomen.

Quote cmf_premierleag 10-1-2022 10:48 PM
So kalo berumah, berhala, berkuil dlm gua mcm kt ipoh ni, ada kene bayar cukai tanah gak ke? serius aku nak tahu.
Quote musangbodoh 10-1-2022 11:54 PM
cmf_premierleag replied at 10-1-2022 10:48 PM
So kalo berumah, berhala, berkuil dlm gua mcm kt ipoh ni, ada kene bayar cukai tanah gak ke? ser ...

x salah aku lh...kena mohon geran pastu mesti ade cukai ...

kwn aku cite ...xtaulh dia buat lawak ke...srry kalo salah
Quote tumpanglalu74 11-1-2022 12:11 AM
Tempat aku mula2 dating dengan ex haku..
Quote cmf_premierleag 11-1-2022 01:46 AM
musangbodoh replied at 10-1-2022 11:54 PM
x salah aku lh...kena mohon geran pastu mesti ade cukai ...

kwn aku cite ...xtaulh dia buat lawak ...

oh so mmg kene gak bayar cukai tanah la kan
akak ingatkan mcm free2 jah berumahtangga dlm gua bagai ke kan
tp akak rs better la depa suruh kosongkan je gua tu
sbb tak rasa ke mcm ganggu struktur tanah gua tu dgn segala renovation dlm tu
Quote sekngucing 11-1-2022 03:38 AM
Radzor replied at 10-1-2022 10:30 PM
Batu cave has set the precedence

masa aku budak2....batu cave dlm tu takda apa lg...patung semua luar ja...
Quote ultra78 11-1-2022 04:25 AM
Robohkan gua tu.
Quote KIM.K 11-1-2022 05:11 AM
Edited by KIM.K at 11-1-2022 05:15 AM


Memandai2 ceroboh habitat kelawar ni dah kenapa
Banyak sangat telan pil kuda
Takde kelawar tinggi la makhluk perosak kawasan tu
Menyusahkan orang buat kebun satu hal
Quote matchstick 11-1-2022 07:21 AM
Sape ritu kata cina tak mcm yenna suka buat kuil atas tanah haram. Baik ngaku cepat
Quote Solokkk 11-1-2022 07:41 AM
Kalau masjid terlebih sket jer, dah bawak semua jentolak nak roboh

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.098496 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top