CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sendiri Bocor, Sendiri Meroyan - Najib Sindir Tommy

7-1-2022 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1534| Komen: 4

Sendiri bocor, sendiri meroyan pula apabila kerajaan mahu siasat, sindir Datuk Seri Najib Tun Razak kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.


Bekas Perdana Menteri itu membidas Tommy berikutan keengganannya memberi kerjasama kepada Pasukan Petugas Khas Siasatan berhubung pendedahan beliau menerusi bukunya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’.


Kredit foto: Bernama

“Tommy tulis surat jawapan kepada Pengerusi Pasukan Petugas Khas Siasatan bahawa dia tidak akan memberi kerjasama bagi siasatan terhadap salah laku dia dan atok (Tun Dr Mahathir Mohamad) campur tangan dalam isu lantikan dan pengubahan hakim-hakim serta dakwaan terpilih berdasarkan kepentingan politik semasa dia Peguam Negara,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.


Najib kata, Tommy tidak patut menolak memberi kerjasama kepada pasukan khas itu kerana pasukan itu hendak menjalankan siasatan berdasarkan pendedahan Tommy yang dikatakan banyak berlaku kepincangan semasa zaman pentadbiran Najib.

“Perkara itu (enggan kerjasama) tidak sepatutnya berlaku kerana pendedahan isu berkenaan dibongkar sendiri oleh beliau menerusi buku tulisannya.

“Sendiri bocor, sendiri meroyan pulak apabila kerajaan mahu siasat,” katanya.


Kredit foto: Bernama

Pada Oktober lalu, kerajaan menyatakan persetujuannya untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas siasatan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap dakwaan Tommy dalam bukunya itu.

Pada 8 Disember lalu pula, kerajaan melantik Penasihat Undang-Undang negeri Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak, Datuk Seri Fong Joo Chung sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas bagi menjalankan siasatan ke atas bekas Peguam Negara lantikan Pakatan Harapan (PH) itu. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 7-1-2022 11:57 AM
mcm ko la jugak kan, sendiri mencurik, sendiri meroyan... sendiri tak bayar cukai, sendiri meroyan... iols rasa kehakiman zaman PH wayyyy better drpd skrg... tgok ajela SPRM pun oh sedihhhh
Quote dodolgemok 7-1-2022 12:02 PM
Semoga Mohd Najib Razak dimasukkan ke penjara dengan segera dan diberi balasan setimpal di dunia ini dgan segera. Amen
Quote iqbalriad 7-1-2022 01:05 PM
dodolgemok replied at 7-1-2022 12:02 PM
Semoga Mohd Najib Razak dimasukkan ke penjara dengan segera dan diberi balasan setimpal di dunia ini ...

Aaminn sekiranya itu yg terbaik buat dia dan yg sekufu dengannya.
Quote Aliaskotonggo 7-1-2022 02:29 PM
Padan muka si tomi ni.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.116847 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top