CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Ikan Dikhuαtiri Mαbuk, 3,000 Liter Αrαk Dibuαng Dαlαm Terusan

4-1-2022 05:32 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 1808| Komen: 9



KABUL: Gambar dan video sepasukan ejen perisikan Afghanistan menjadi tular kerana membuang kira-kira 3,000 liter minuman kerαs ke dalam sebuah terusan.

Difahamkan, semua minuman keras itu dirampas melalui serbuan di ibu negara terbabit sebelum rakaman video yang dikeluarkan Direktorat Am Perisikan (GDI)  menunjukkan ejennya menuang alkohol yang disimpan dalam tong ke terusan di Kabul.

"Umat Islam perlu benar-benar menahan diri daripada menghasilkan dan memasarkan arak," kata seorang ulama dalam video yang disiarkan agensi itu menerusi Twitter semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh agensi perisikan Afghanistan ketika pihak berkuasa Taliban berusaha membanteras penjualan minuman kerαs di negara tersebut.


Setakat ini, tidak dapat dipastikan bila operasi serbuαn itu dilakukan mahupun minuman kerαs itu dibuang, lapor sebuah agensi sebagaimana dipetik daripada Berita Harian.

Namun, satu kenyataan dikeluarkan oleh agensi perisikan menyatakan tiga individu ditαhαn dalam operasi serbuan tersebut.

Aktiviti penjualan dan penggunaan αlkohol turut dilarang di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini. Namun, kerajaan baharu dibawah pimpinan kumpulan Taliban lebih tegas dalam menentangnya.


Sejak Taliban mengambil alih Afghanistan 15 Ogos tahun lalu, kekerapan operasi serbuan termasuk terhadap penαgih dαdαh semakin meningkat di seluruh negara. 

Malah, Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat kerajaan Taliban juga mengeluarkan beberapa garis panduan yang mengehadkan peranan wanita.



Dalam perkembangan lain, kerajaan Taliban mengarahkan pemilik kedai di wilayah barat Herat memenggal kepala patung hiasan yang dipamerkan di premis masing-masing kerana dianggap sebagai 'berhala'. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja9 4-1-2022 05:38 PM
ya ampun tajuk.. hahaha

aku tengok video tu penguatkuasa dia masih memegang senjata untuk berperang dan berpakain tentera. knp tak cuba bagi mesej dengan perlahan-lahan alihkan kuasa penguatkuasaan ini kepada badan yang lebih sesuai...bina kerajaan yang properlah bila dah dapat kuasa pemerintahan, takkan semuanya tentera disuruh buat semata-mata nak bagi warning boleh berperang bila-bila masa sahaja..
Quote sikatkutu 4-1-2022 05:42 PM
ntah kenapa  rasa taliban sekarang ni dipihak benar..dulu kan kata bawah tajaan US
pening betul apa jadi di tebing barat..macam2 versi cerita
Quote BungaTepiMeja 5-1-2022 04:13 AM
Kenapa la buang dalam tu.. Buang atas pasir pun meresap jugak
Quote BartholomewKuma 5-1-2022 07:03 AM
sikatkutu replied at 4-1-2022 05:42 PM
ntah kenapa  rasa taliban sekarang ni dipihak benar..dulu kan kata bawah tajaan US
pening betul apa  ...

Ha la memang pun, hat sapa dulu dulu tau la cita ni. Depa ni dulu dok perang dengan rusia, kebetulan masa tu kan perang dingin rusia dengan us. Jadi us dok bagi depa senjata nak sokong usaha depa jatuhkan rusia masa tu.
Quote zacEfron 5-1-2022 07:12 AM
seblm pengganas america el kafirun serang .. aman2 sj Afghanistan di perintah oleh Taliban
Quote buapakperut 5-1-2022 07:14 AM
BungaTepiMeja replied at 4-1-2022 08:13 PM
Kenapa la buang dalam tu.. Buang atas pasir pun meresap jugak


Nanti biawak dhob pulak Yang mabuk
Quote ultra78 5-1-2022 07:16 AM
Orang yg menuang arak ke dalam longkang tu dikira berdosa jugak ke?
Quote abangbikerz 5-1-2022 09:04 PM
taliban dan kebodohan berpisah tiada
Quote Decaffeinated 5-1-2022 09:54 PM
tak minum arak pun otak mengalahkan orang mabuk

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.149999 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top