CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Meriahnya Tiga Beranak Ini Sama-sama Kerja 'Pak Guard'!

22-12-2021 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3786| Komen: 16

Bekerja bersama keluarga pastinya membangkitkan suasana berlainan daripada kebiasaan. Perwatakan ceria tiga beranak ini yang bertugas sebagai pengawal keselamatan meraih perhatian.




Nur Fiza Aina Zabri berkata, dia berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 di Petaling Jaya, Selangor sejak tiga bulan lalu.

Gadis berusia 20 tahun itu memberitahu, dia kini bertugas di tempat itu bersama bapanya berusia 63 tahun yang berpengalaman bekerja sebagai pengawal keselamatan sejak 2019.



"Saya baru je kerja guard. Abah (panggilan bapa) lebih lama setelah bersara sebagai kerani. Mak pula baru menceburkan diri berkhidmat sebagai guard.

"Saya dan ayah bekerja secara tetap, manakala mak jadi buffer (pengawal gantian) bagi menggantikan seorang guard warga Nepal yang bercuti.

"Secara kebetulan, mak ditempatkan bersama saya dan abah di hari pertama mak bertugas jadi guard. Itu yang nampak meriah dalam pondok pengawal," katanya kepada mStar.



Lebih mesra disapa Aina, katanya, dia mahu mencari pengalaman sebagai pengawal keselamatan sebagaimana yang dilakukan oleh bapanya.

"Saya tahu segelintir orang kata guard adalah kerja pilihan terakhir, tapi saya sendiri nak kerja jadi guard untuk cari pengalaman. Nak rasa apa yang abah saya rasa.

"Cabarannya bukan setakat berpanas, tapi juga berdepan dengan orang luar selain persepsi dipandang rendah hanya kerana kerja guard," ujarnya yang menetap di Klang, Selangor.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, tiada masalah baginya bekerja sambil belajar dengan menguruskan masa untuk sesi terbuka dan jarak jauh (ODL).



"Saya masih mengikuti kelas online dan melakukan tugasan di rumah selepas balik kerja. Yang penting kena mengimbangkan masa kerja dan belajar," ujarnya yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu.

Mengakui dirinya sensitif dan mudah tersentuh, namun gadis ini berjiwa kental ketika menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengawal keselamatan.

"Kena marah dan maki dengan orang luar tu perkara biasa. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang tak sabar atau enggan beri kerjasama.

"Saya okay apabila berhadapan dengan orang luar, dalam kerja kena tegas. Saya bercita-cita nak jadi polis... nak jadi polis ni jiwa kena kental.

"Tapi saya sebenarnya hati tisu kalau dengan keluarga terutama dengan abah. Bila bekerja dengan abah, kadang-kadang kami tak sependapat. Saya pula masih muda ada juga keras kepala, jadi bila kena tegur tu rasa nak menangis," katanya.



Aina bagaimanapun menyifatkan ketegasan bapanya sebagai lumrah dalam mendidik anak-anak selain komited dalam menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan.

"Di tempat kerja abah memang tegas dan garang, tapi dia sebenarnya seorang selamba dan suka berlawak. Mak juga sempoi, seorang yang happy-go-lucky.

"Jadi memang tak bosan kalau kerja berpanas dengan mak dan abah yang sekepala. Kerja pun rasa seronok," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epal21 22-12-2021 03:24 PM
Tahniah, dik. Drp mengabiskan duit mak pak, tunjuk lurah dendam yg dah layut macam hanis haizi. Ni ada juga sumbangan kpd family & negara.
Quote Meiizu 22-12-2021 03:31 PM
Takpelah asal bahagia
Quote dua_chzy 22-12-2021 04:12 PM
Comelnya satu family happy camni.
Quote buapakperut 22-12-2021 04:13 PM
macam best pulak,tak memilih kerja,asalkan halal kan. ada sesetengah majikan tak mahu amik spouse/ahli keluarga pekerja untuk sama2 keje takut kalau sorang amik cuti semua ikut.
Quote musangbodoh 22-12-2021 04:34 PM
hati ko keras roy....
Quote hareeeesah 22-12-2021 04:35 PM
anak semua dah besar, tak tau nak buat apa kat rumah baik kerja ek ada rezeki lebih.. mana ada kerja mudah pun zaman skarang. Usaha tawakkal
Quote saviour_09 22-12-2021 04:58 PM
asal  halal, jalan teruusss sis
Quote Artemesiaa 22-12-2021 05:41 PM
Ok ler tu dapat juga pendapatan dari duduk dirumah harap belanja dari mak pak
Quote Adrif 22-12-2021 08:14 PM
orang pandang miskin, tapi tengok diorang ni, kaya raya bukan main.
kaya kebahagiaan. kaya ketenangan. kaya kasih-sayang. kaya silaturrahim. macam-macamlah kaya nya

kaya tanpa kebahagiaan, ketenangan, takde la kaya ye dak?
Quote gigahertz 22-12-2021 09:08 PM
Ini guard M40 ni
Quote Fazsemput 23-12-2021 12:01 AM
Sukenye tgk family cerita mcm ni.. Rindu pula pada arwah abah..
Quote Zazama 23-12-2021 12:25 AM
Bahagianya diorang!
Quote chandrahusin 23-12-2021 09:13 AM
comel!! nmpak lawa2 1 family ni
ni baru bahagia & kaya
Quote NekNgah 24-12-2021 09:59 AM
Adrif replied at 22-12-2021 08:14 PM
orang pandang miskin, tapi tengok diorang ni, kaya raya bukan main.
kaya kebahagiaan. kaya ketenanga ...

Well said Adrif.
Quote makita 24-12-2021 10:03 PM
Bagus kan bdk mcm ni. Boleh polish communication skill. Mcm kwn meols keje kat kdai runcit. Org mintak topap digi dia pegi amek berus gigi . Dia kata kalau pakai mask mmg tak clear dgr apa org ckp
Quote anony-mous 12-1-2022 02:11 AM
Adrif: orang pandang miskin, tapi ten ...


I suka komen uols. I tgk gmbar n video tu pon mcm best jah. Nmpk sgt mmg manja dgn parent. Untung semua yg dlm gmbar tu. And she proud of the job

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.082030 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top