CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Dipukul Beramai-ramai Sebab Masuk Kawasan Larangan Kuil Emas

20-12-2021 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2296| Komen: 2

Description: Seorang lelaki maut selepas dipukul orang ramai dalam kejadian di sebuah kuil di India.
Seorang lelaki maut selepas dipukul orang ramai dalam kejadian di sebuah kuil di India.

Menurut polis, kejadian berlaku semasa upacara sembahyang di Kuil Emas yang terletak di bandar Amritsar, pada Sabtu.



Gambar hiasan/Kredit foto: new.in-24

Lelaki berkenaan dikatakan telah memasuki kawasan larangan di mana terletaknya kitab suci penganut agama Sikh, Guru Granth Sahib.

Dia kemudian didakwa mengambil pedang istiadat yang diletakkan di sebelah kitab tersebut sebelum dikerumuni pengawal keselamatan dan pengunjung kuil berkenaan.


Kejadian berlaku pada jam 5.45 petang waktu tempatan dan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Polis masih menyiasat apa yang berlaku selepas mayat mangsa ditemui di tempat kejadian.

Kurang 24 jam kemudian, seorang lagi lelaki maut dipukul selepas didakwa cuba memindahkan bendera suci penganut Sikh, Nishan Sahib, dari sebuah kuil di Kapurthala.


Gambar hiasan/Kredit foto: Al Jazeera

Kedua-dua kejadian tersebut berlaku beberapa hari selepas seorang lelaki ditahan setelah didakwa cuba membaling kitab suci penganut Sikh, Gutka Sahib, ke dalam kolam berdekatan dengan sebuah kuil.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 20-12-2021 11:51 PM
peliknya kes-kes tu..
Quote Supersirap 21-12-2021 09:12 AM
X perlu sampai memukul, benda boleh bincang apa

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.064287 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top