oleh Fyruz
Apa kamu rasa apabila tengok orang lain memakai helmet bentuk kepala orang. Dari jauh nampak macam tak pakai helmet, dari dekat... Laa... pakai rupanya. Kalau anda inginkan helmet dengan tempahan sebegini anda boleh menempah helmet sebegini dengan seorang artis dari Dubai bernama Jyo John Mullor.
Seperti yang dikongsi John Mullor dalam websitenya, "Seumur hidup saya, memang menggemari motosikal. Saya suka semua berkenaan dengan motosikal tapi ia didatangkan dengan helmet yang paling tak selesa untuk dipakai. kata Jyo John. Bagaimanapun, dia sedar satu hari, helmet bakal menyelamatkan nyawanya. Jadi Jyo memulakan sebuah projek yang diberi nama 'Human Helmet'. Dia mula desain helmet yang seakan-akan bentuk kulit kepala. |
ADVERTISEMENT