CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Tesco London Tersalah Promosi Bulan Ramadan

25-6-2015 11:05 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4403| Komen: 4

Description: Bukan sahaja pasaraya di Malaysia giat menjalankan promosi sempena raya ini...
oleh Fyruz


Bukan sahaja pasaraya di Malaysia giat menjalankan promosi sempena raya ini, rata-rata pasaraya diseluruh dunia menjalankan kempen dan promosi.

Begitu juga yang berlaku di United Kingdom yang mempunyai populasi umat islam seramai 4.8% daripada jumlah penduduk.

Walaupun tak banyak Muslim di UK, tindakan kebanyakan pasaraya menawarkan diskaun sempena ramadan harus dipuji kerana mereka  bersama-sama menghormati Muslim di London untuk menjalankan ibadah berpuasa.


Dalam pada itu, ada juga cerita lawak yang dikongsikan oleh Raza Hassan,25, sewaktu membeli-belah di Tesco, Liverpool Street, London.

Seperti dipetik didalam Buzzfeed: 'Mereka ada tawarkan perisa lain juga, tetapi pekerja tersilap menyusun perisa ini untuk promosi ramadan. Ia tidak menyinggung perasaan saya langsung - tapi saya mendapati ia sangat kelakar.

Perisa yang ditawarkan adalah 'Smokey Bacon' yang terang-terang mengandungi babi yang sememangnya diharamkan.

Sementara itu, wakil Tesco yang ditemubual memberitahu pihak mereka berbangga untuk menawarkan rangkaian daging serta produk menepati citarasa pelanggan semasa Ramadan dan kes Pringles ini jelas berada di tempat yang tidak sepatutnya dan ia telah pun dialihkan.

Apapun, tahniah dan syabas buat Tesco tersebut, cuba kalau berlaku di Malaysia, adakah ianya lawak? Ladylista teringat kisah mat salleh dimaki sewaktu nak keluarkan kereta...Kongsikan pandangan anda. -LadyLista.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote biozipstar 29-6-2015 01:13 PM
kat Malaysia ape2 pun senang nak viral hahaha
Quote merrissa 27-6-2015 01:00 AM
kahkahkah.....kalo kat malaysia dah viral dah.....habis kene boikot dah pringles ni..saham menjunam macam ringgit malaysia...wakakkakaka
Quote jay_07 25-6-2015 11:12 AM
kalau dekat Masia ni... ko jangan harap nk buat salah.. memang kena maki.. tak maki kaki pun kau dapat. hahahaha
Quote mbaksusi 25-6-2015 11:09 AM
ayooo...ini kalau mbak susi maunya meroyan kat situ

Lihat semua komen(4)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 1.698850 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top