Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tersentuh hati apabila bertemu dengan anak mangsa kemalangan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), enam tahun lalu.
Ismail Sabri berkongsi video pertemuannya dengan Nur Firuza Amira yang kini berusia 13 tahun, anak sulung Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, yang meninggal dunia dalam tragedi itu. "Perasaan terharu, namun bercampur gembira apabila bertemu Amira. "Kalau kalian semua masih ingat, Amira menjadi yatim piatu apabila kedua ibu bapanya terbabit kemalangan di Lebuhraya DUKE pada 2015.
"Amira juga anak angkat saya, kini telah pun berusia 13 tahun. Ketika peristiwa itu berlaku, Amira baru sahaja berusia tujuh tahun," katanya menerusi Instagram hari ini. Beliau turut mendoakan remaja itu sentiasa sihat dan di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. "Atuk sayang Amira," tulisnya lagi.
|
keane.somewhere: Edited by keane.somewhere at ...
anggeriklatifah replied at 10-12-2021 11:19 AM
Pak cik lepas guna duit yatim ape cite ye..
Kemain bininyaaa bergaya..wedding kemain mewah..
Tak sil ...
ADVERTISEMENT