CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buli Di Asrama Bukan Bawah KPM - Radzi

10-12-2021 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6499| Komen: 116

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa beliau telah menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama.



Kredit foto: IG Radzi

Radzi menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

“Namun, KPM telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“KPM komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat selaras dengan konsep #sekolahkuSEJAHTERA,” katanya.


Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai.


Tangkap layar seorang remaja ditumbuk di bahagian perut dalam kejadian dipercayai di sebuah asrama tular sejak semalam.

Susulan dari kejadian itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pihak polis negeri Perak berhubung perkara tersebut. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 10-12-2021 05:06 PM
Mrsm kah
Quote forex 10-12-2021 05:23 PM

ya MRSM SAS
Quote cheezel 10-12-2021 05:36 PM
Oo mrsm. Mrsm pun buli membuli ke
Quote Minami2013 10-12-2021 05:38 PM
Bayangkan yg kena tumbuk tu anak sendiri atau abang/adik kandung atau anak buah.. sedih
Quote jas7512 10-12-2021 06:15 PM
Walaupun bkn bwh kementerian awak..tetap berlaku dlm tempat yg berstatus sekolah waima namanya maktab... at least tunjuklah rasa tanggungjawab dan concern as menteri pendidikan....mcm mana nak wakil negara dan selesaikan masalah negara klu isu ini pun x nak cakna
Quote lattehazelnut 10-12-2021 06:17 PM
Senang nye nak taici
Quote mizzmimi 10-12-2021 06:17 PM
Maktab rendah ne memang. Uniform pun tak sama senior-junior.
Quote doubleharmonic 10-12-2021 06:21 PM
cheezel replied at 10-12-2021 09:36 AM
Oo mrsm. Mrsm pun buli membuli ke

dah nama pon mrsm khenss? mrsm = membuli rakan sampai mampos?

Quote capiloton 10-12-2021 06:29 PM
dia nak salahkan MARA la tu, kan sekolah MRSM.
tapi dia malu nak sebut

bila ada kes macam ni semua mengelak taknak bertanggungjawab.
Quote delawang 10-12-2021 06:35 PM
Hanatnya..under mara pun avah2 x der kaitan ngan kpm
Quote JunkMail 10-12-2021 06:43 PM
Kekdahnyaaaa...so pelajar2 maktab ni bukan pelajar sekolah Malaysia lah.
Quote NonaNaga 10-12-2021 06:49 PM
Menteri KPLB x nak jawab ke
Quote edayildiz 10-12-2021 06:50 PM
yg kena buli tu tlg la jgn lembikk sgt...xfhm la org yg lembik ni..i kalau kena buli mmg i bg lempang jer sekoq2..pdhl i jnis lemah lembut jgk la mcm org lain..even kt opis i melawan kalau i xpuas hti...hentak dokumen atas meja kalau akak atas i suka cari psl.
Quote NonaNaga 10-12-2021 06:53 PM
delawang replied at 10-12-2021 06:35 PM
Hanatnya..under mara pun avah2 x der kaitan ngan kpm


Setahun iols mmg x kena mengena uols I pernah hubungi KPM pasal budak² MRSM mmg bukan bawah derang...
Quote shernazz 10-12-2021 07:00 PM
Sadisnya wei..
Riso bila anak2 masuk.asrama.kena.taici mcm.ni...
Laki iols.ckp nak.htr anak.jantan ni ke asrama pung iols dah riso kena liwat ke..tumbuk ke..paw duit ke..
Huwaaa..
Padahal.iols pung.sekolah asrama.dolu
Quote Friska 10-12-2021 07:01 PM
Maaf cakap, jadi emosi saya. Menteri macam apa ini? Omongannya ndak benar ini. Sebagai Menteri Pendidikan, setiap anak sekolah adalah anak kamu. Sekolah swasta, apa sekolah agama, apa sekolah Mara, secara moral tetap kamu itu Menterinya. Suami saya juga setuju sama pandangan saya.
Quote kaseh80 10-12-2021 07:03 PM
Pelajaran Dan pendidikan bukan kah bawah Kpm?
Quote mikasa 10-12-2021 07:04 PM
Rasanya tak patut menteri cakap bukan sekolah KPM . Sebagai org no 1 dalam kementerian dia patut bertsnggungjawab
Quote nolya 10-12-2021 07:08 PM
Minami2013 replied at 10-12-2021 05:38 PM
Bayangkan yg kena tumbuk tu anak sendiri atau abang/adik kandung atau anak buah.. sedih

Bayangkan kalau yg kena buli/tumbuk tu anak kpd Men Kanan Pendidikan, apakan tindakan yg akan diambil. Ataukah anak2 orang bergelar ni, anak2 pak menteri, pak pengarah itu-ini, depa dikenali maka mereka tak kena buli?

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.051603 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top