Kepuasan tergambar di wajah Raja Azrey Raja Kamaruzzaman serta barisan produksi dan pelakonnya apabila pementasan teater Hantu Ketapang di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) pada 7 dan 8 Jun lalu mendapat sambutan menggala-kkan daripada penduduk setempat.
Hampir tiada ruang kosong dalam auditorium berkenaan berikutan keterujaan orang ramai untuk menonton pementasan yang julung kali diadakan di pulau lagenda itu. Raja Azrey yang juga pemilik Geliga Merah Opera (GMO) serta pe-ngarah yang mementaskan teater ini mengakui cabaran dilalui untuk me-nyahut cabaran penaja, XXIZ bagi merealisasikan hasrat ini. “Kelengkapan untuk teater ini dibuat di Langkawi, tapi pelakon kami baru bergabung semula selepas pementasan di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada 12 hingga 14 April lalu. Ada juga perubahan pelakon dibuat bagi memberi kelainan. “Saya tertarik dengan persembahan dan cara kerja mereka. Malah saya juga tak ragu-ragu me-ngakui mereka sangat berbakat dalam dunia teater. Sebelum ini saya hanya kenal Raja Azrey sebagai pelakon. Sehinggalah saya tengok pementasannya di MPAJ, saya sangat kagum dengan dia. “Daripada situ, kami duduk berbincang kerana saya berhasrat nak menaikkan seni teater kepada masyarakat. Selain itu, saya juga nak gunakan hiburan sebagai cabang perniagaan dan mahukan kedua-duanya berjalan seiring,” katanya. Jelasnya, teater perlu dikembangkan sehingga ke luar Kuala Lumpur dan kerana itulah dia sudi menaja GMO mengadakan persembahan di luar dan Langkawi adalah destinasi pertama. “Penonton yang dengar kehebatan teater ini mesti ternanti-nanti pementasan di tempat mereka pula. Saya dapati pementasan di Lang-kawi sangat berjaya dan selepas ini rancang nak bawa mereka pusing satu Malaysia,” katanya yang mengusahakan perniagaan talian komunikasi menggunakan teknologi Salamfone.
|
ADVERTISEMENT