View: 15476|Reply: 2
|
[Dunia]
Jika aku mati dan syahid dalam perang ini, aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita,Nota Terakhir ‘Syahid’ Minta Dunia Lindungi Gaza Buat Ramai Sebak
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial satu nota ditulis seorang penduduk di Wilayah Gaza, Palestin yang didakwa meninggal dunia akibat serangan Israel.
Nota yang juga wasiat terakhir Muhammad Abdul Qadir Al-Husseini itu ditulis pada 25 Mac lalu sebelum dikongsi pengguna media sosial X @faisalazizfa sejak semalam.
Wasiatku kepada mu, jika aku mati dan syahid dalam perang ini, aku tidak akan memaafkan pemimpin Arab yang mengecewakan harapan kita.
“Kami sudah menjalani hari-hari yang sukar tanpa makanan dan dalam kepungan. Rambutku sudah berubah menjadi kelabu walaupun umurku masih muda. Semoga Tuhan tidak akan memaafkan kamu dan tidak akan memberkati kamu.
“Demi Allah, aku akan mengadu kepada Maha Pencipta tujuh lapisan syurga perbuatan kau. Maafkan aku, ibu. Aku amat menyayangimu. Jangan tangisi pemergianku,” tulisnya.
Di dalam nota itu juga, Muhammad Abdul Qadir menyampaikan mesej kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia dan Malaysia agar terus melindungi bumi Gaza.
“Mesejku kepada kepada masyarakat Mesir, Yaman, Jordan, Lubnan, Algeria, Sudan, Tunisia dan Malaysia, aku meletakkan kepercayaan kepada anda semua untuk tidak mengabaikan Gaza.
“Aku merayu dan menggesa anda semua untuk melindungi Gaza. Aku amat menyayangi kalian semua. Mohon jangan kecewakan harapan kami.
“Sesiapa yang menjumpai mesej ini, aku mohon sebarkan,” katanya.
Perkongsian surat wasiat yang sedang tular di media sosial ini lantas dihujani komen dari rakyat Malaysia yang mana rata-ratanya tidak dapat menahan sebak kerana saudara di sana meminta pertolongan untuk melindungi negaranya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau negara arab huruhara itu tandanya.... ... itu itu itu |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada terbaca kat tiktok ada yg tulis pasal palestin ni takkn menang. Bila palestin dah musnah habis nnt akan diturunkn dajjal ke imam mahdi mcm tu(lupa). Lps tu kiamat. Betoi ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|