Bagi peminat drama tempatan, pasti cukup kenal dengan gerangan Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud.
Mana taknya, pelakon yang sudah berusia ini sering membawakan watak ibu-ibu, pembantu rumah ataupun ‘mak cik bawang’ di kampung. Terbaru menerusi satu perkongsan video di TikTok @sayang_iena, pelakon berkenaan dilihat sudah mengikat tali pertunangan.
Wakil pihak lelaki turut membawa beberapa dulang berisi manisan berupa coklat, kek serta cincin buat Mak Wan. Ketika dibawa keluar dari bilik untuk sesi menyarung cincin, Mak Wan kelihatan cukup berseri dengan persalinan berwarna krim sambil tersipu-sipu malu. Namun, tidak lama selepas itu, terkeluar juga aksi melatahnya yang cukup dikenali ramai sehingga mengundang tawa ahli keluarga. Loading FB Post... Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang mengakui cukup terhibur melihat aksi melatah Mak Wan dan turut ambil peluang mengucapkan tahniah. Sumber: Kisah Dunia
|
tepisket.. replied at 6-12-2021 07:33 PM
Hantu betul la y mengusik dia ni wei.. sabau je aku tgok nek tu kena dajal.. cmno la sok ...
tikusmontok replied at 6-12-2021 08:17 PM
Jgn tercucuk pinggang udah..naya abis terkeluar rahsia tgh mlm
forum5290 replied at 6-12-2021 07:23 PM
mak wan sblm ni xpernah nikah ke?
aq ingtkn ank dye y tunang...
rupe yer dia y tunang....
sukacactus replied at 6-12-2021 08:49 PM
Apa la org yg suka menyakat org melatah ni
Kalau waktu lepak2 sesama korang ok la kot (even pada aku ...
Suchi replied at 6-12-2021 09:33 PM
Khen.. mmenda tah g usik org, bahaya pun ya kalau tgh pegang kek ke apa abis la jatuh tergolek.
Io ...
sukacactus replied at 6-12-2021 11:40 PM
Kannn, kalau la masa tu pegang benda2 yg mendatangkan bahaya mcm pisau ke kayu ke, kan dah mendapa ...
ADVERTISEMENT