CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Telur Akan Terus Naik Sampai Penternak Boleh Dapat Keuntungan?

22-11-2021 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1156| Komen: 1

Kenaikan harga makanan untuk ayam dan pelbagai faktor lain menyebabkan kos di ladang meningkat dan sesetengah peruncit menaikkan harga telur sebanyak tiga sen sejak bulan lalu.


Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Tan Chee Hee berkata, harga telur mula meningkat sejak akhir Oktober disebabkan permintaan yang tinggi, kekurangan pekerja dan juga kos yang meningkat.

Katanya, harga makanan untuk ayam yang tinggi diramalkan akan berterusan sehingga Mac tahun depan, sekali gus mendorong kenaikan harga telur.


Gambar hiasan

“Bukan sahaja kos makanan, tetapi kos penyelenggaraan dan operasi termasuk harga untuk bahan mentah seperti kepingan zink dan kayu juga mengalami kenaikan.


“Walaupun harga telur telah naik, tetapi keuntungan masih sukar untuk dicapai buat penternak,” katanya kepada Nanyang Siang Pau.

Tambahnya, penawaran telur berkurangan kerana ladang-ladang ternakan berdepan masalah kekurangan pekerja.

“Hasil ternakan dan telur perlu dituai dengan segera untuk menjamin kualiti.

“Ladang ternakan di Malaysia tidaklah sampai menggunakan jentera secara sepenuhnya, tetapi kami menggunakan pendekatan separuh automasi atau cara tradisional yang bergantung kepada tenaga manusia,” katanya.

Menurutnya, harga telur dijangka terus mengalami peningkatan secara sedikit sehingga keadaannya seimbang dan penternak boleh mendapat keuntungan.

“Tanpa keuntungan, peladang hanya akan menamatkan operasi penternakan,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga dijangka tidak akan menghasilkan impak yang besar terhadap jualan kerana telur masih merupakan makanan harian buat ramai orang di Malaysia. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 23-11-2021 02:12 AM
jgn risau kita import je...tu lh solution menteri bijak pandai mesia

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.035608 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top