CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Isu Tanah RM100 Juta, Najib Mula Membidas Tun M

24-11-2021 10:58 AM| Diterbitkan: usopikhwan| Dilihat: 1234| Komen: 13|Original author: usopikhwan

Description: Baru-baru ini kecoh di Parlimen apabila Tun Mahathir mempersoalkan kepada Menteri Kewangan mengenai hadiah rumah bernilai 100 juta kepada bekas perdana menteri ke 6, Dato Seri Najib Razak.Sumber Youtu ...



Baru-baru ini kecoh di Parlimen apabila Tun Mahathir mempersoalkan kepada Menteri Kewangan mengenai hadiah rumah bernilai RM00 juta kepada bekas perdana menteri ke-6, Dato Seri Najib Razak.


Sumber Youtube Dr Mahathir


Walaubagaimanapun, pertanyaan itu terus dijawab oleh Dato Seri dalam facebook miliknya baru-baru ini.


“ Memang saya ada membuat permohonan untuk mendapatkan tanah dan rumah 100 juta, tetapi permohonan itu bukan merupakan hadiah sebaliknya pemberian biasa kepada semua bekas perdana menteri di bawah Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003. Dia sendiri yang pinda Akta semasa dia PM ke-4, saya cuma meminta kediaman saja seperti termaktub dalam perlembagaan”. Katanya.


Malah Najib berkata, pejabat yang diduduki sekarang merupakan banglo biasa yang disewa di Bukit Pantai.


“Bukan kompleks besar macam dia. Anak-anak saya pun bukan billionaire macam anak-anak dia. Lagipun saya tiada ada apa-apa pun jasa pada negara ”. Jawabnya sinis.


                                    Sumber Facebook Najib Razak


Dalam hantaran di facebook itu, Najib turut menulis panjang tentang jasanya kepada Negara. Antaranya termasuk menyelamatkan ekonomi Negara, kadar pertumbuhan ekonomi terbaik di Asean dan jumlah pelaburan paling tinggi dalam sejarah. Selain itu aset Negara juga naik dari RM 800 bilion ke RM 2 trilion dari tahun 2008 hingga 2017. Katanya di facebook.


Untuk rekodDato Seri Najib Razak merupakan perdana  menteri sejak 2009 hingga 2018. Beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi ( Pak Lah ) ketika itu, di atas kegagalannya dalam pilihan raya 2008. Untuk tempoh sepanjang itu , Dato seri Najib Razak memang layak mendapat pemberian tanah dan rumah seperti termaktub dalam Akta Ahli Parlimen Saraan 1980 pindaan 2003. Jadi apa pendapat anda, adakah beliau layak ? -CARI



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 24-11-2021 11:42 AM
Eh sudah lah kau penjenayah rasuah ni! Sendiri mintak, sendiri tarik balik, sendiri claim hero, apa laknat punya manusia ni?!! Moga najib razak dihukum seteruk2nya sebelum heshe mampos.
Quote MissYouSayang 24-11-2021 11:48 AM
Semoga penyamun si najibun ni kena cashhhhh
Quote Firenzza 24-11-2021 06:51 PM
Untung jd naj8bun, dpt derma, duit masuk akaun x tau dtg dr mna, dh sabit kesalahan blh cikcur sana sini, dpt tanah free 100j,  dgr khabar blh ode plk mintak mhkmh tangguh lg keputusan rayuan
Quote Decaffeinated 24-11-2021 06:59 PM
Aku bersedia ja nak dengar bosku punya defense. Cumanya apasal citer pejabat dia skrg cuma sewa dan kompleks besar macam atuk, apa kaitan? admin fb Najib ni bijak nganjing sayang bab bela diri macam epic punya gagal.
Quote Mulotkoyak 24-11-2021 07:00 PM
Kita harus memilih pemimpin muda. Tak kesah lah di parti mana sekali pun. Janji org muda dan bukan dari keluarga ahli politik lagi.
Quote Belibis 24-11-2021 08:22 PM
Wanendibi kan jasa terbesar boskur..malu2 pulak nak kata takde jasa.
Quote CiliPadiSedap 24-11-2021 08:57 PM
penyangak 1mdb kalau pergi luar negara sebut 1mdb lagi famous dari sebut jho low tukar jadi beruang mahupun sajat
Quote CiliPadiSedap 24-11-2021 08:57 PM
Mulotkoyak replied at 24-11-2021 07:00 PM
Kita harus memilih pemimpin muda. Tak kesah lah di parti mana sekali pun. Janji org muda dan bukan d ...

orang muda banyak main forum, tak berani jd ahli parlimen takut duit epf hangus
Quote Mulotkoyak 24-11-2021 11:25 PM
CiliPadiSedap replied at 24-11-2021 08:57 PM
orang muda banyak main forum, tak berani jd ahli parlimen takut duit epf hangus

Kalo masih guna epf tu maksudnye masih xmampu lg la nk memimpin terpimpin...
Quote creep_bite 25-11-2021 12:18 AM
Che Det tak nak dedah plk ker laporan audit masa pok jib jd menhan...????
Quote axl_bach 25-11-2021 02:21 AM
Bagus lah kerja serang Najib ni biar jer lah si tua kutuk tu yg buat.....
Quote sarahmirza 25-11-2021 06:49 AM
Hutang cukai dia dah bayar ke?
Banyak penalti nak bayar tu...
Lepas tu bila lambat bayar, kena penalti lagi..
Ini kalau rakyat marhaen la yg setakat ada baki cukai tertunggak tak sampai pun belas ribu apatah lagi million billion...
Quote renko 25-11-2021 07:14 AM
Kenapa jawab dekat fb? Jawab la kat parlimen

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.083813 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top