CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditendang Keluar Restoran, Kena 'Blacklist' Sebab Makan Terlalu Banyak

22-11-2021 11:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1963| Komen: 14

Seorang lelaki bukan sahaja dilarang makan di restoran All You Can Eat, malah ditendang keluar dari restoran itu di Beijing, China.

Ia berikutan kegelojohan lelaki itu makan terlalu banyak termasuk memakan 1.5 kilogram (kg) daging babi.

Menurut laporan Mirror, lelaki dikenali sebagai Kang itu berkata, dirinya telah didiskriminasi.

“Bukan salah saya, saya boleh makan banyak,” katanya.


Gambar hiasan

Pemilik restoran mengatakan mereka ‘kerugian’ setiap kali Kang datang berkunjung kerana dia akan makan 1.5kg trotter daging babi dan 4kg udang.


Keseluruhan dulang yang berisi makanan juga dihabiskan olehnya.

Pemilik restoran meluahkan kerugian yang dialami olehnya.

“Setiap kali dia datang ke sini, saya kehilangan beberapa ratus yuan.

“Walaupun dia minum susu soya, dia boleh minum 20 atau 30 botol dan bila dia makan kaki babi, dia menghabiskan seluruh dulang.

“Dan untuk udang, selalunya orang menggunakan penyepit untuk mengambilnya, dia sebaliknya menggunakan dulang untuk mengambilnya,”

Tambahnya, Kang tidak menyesal dan berkata bahawa dia tidak pernah membazir makanan.


Kang
Kredit foto: wionews

Kisah ini menjadi di China dan menyebabkan pemilik restoran dikritik segelintir pihak. 

Mereka mengatakan restoran tidak boleh mengadakan acara makan sepuasnya jika mereka tidak boleh mengendali pelanggan seperti Kang.

Kang yang juga sering melakukan live di media sosial, kini dilarang makan di Bufet BBQ Makanan Laut Handadi di Changsha, China.

Dia juga disenaraihitamkan dari sebarang acara khas restoran itu pada masa hadapan. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 23-11-2021 02:12 AM
nohaiii. lps ni tulis la had utk ambk makanan jgn lebih brapa gram hihi
Quote LadyDee88 23-11-2021 02:49 AM
Berapa byk babi daaa dia makan
Quote noor2 23-11-2021 05:54 AM
Mesti gemok...
Quote imanjannah 23-11-2021 05:57 AM
"kisah ini menjadi di China"..
Quote Farhaz 23-11-2021 07:25 AM
imanjannah replied at 23-11-2021 05:57 AM
"kisah ini menjadi di China"..

Menjadi2..
Quote venomie1 23-11-2021 07:27 AM
kesian kat perut dia sebab kena proses makanan non-stop
Quote ninja9 23-11-2021 07:32 AM

tengok gambar tak gemuk pun.. skit saja.


barangkali dia ni ada penyakit macam seorang youtube jepun tu makan banyak gila tapi tak gemuk2. rupanya ada penyakit, makanan yang dia makan tu tak diserap badan, kebanyakannay just lalu usus dia saja..

Quote makita 23-11-2021 10:15 AM
ninja9 replied at 23-11-2021 07:32 AM
tengok gambar tak gemuk pun.. skit saja.



Haaa baru teringat..ank buah meols sorg ni doc sah kan kurang zat..siap dpt susu free doc bagi. Tapi dia mkn byk taw...umo 4 tahun tp size mcm bdk baru reti jalan. Pdhal mkan x memilih..patu portion makanan lg byk dari ank meols yg umo 9 thun. Agaknya mcm chuols tulis ni la..makanan tu lalu je tapi zat tu tak diserap.
Quote naina 23-11-2021 10:18 AM
Maksudnya apa..dia bayar kan bukan free
Quote Artemesiaa 23-11-2021 10:33 AM
Kalau dah sampai tahap tu mana tokey tak angin.
Quote nononcrux 23-11-2021 11:51 AM
hahah, amboi ambik kesempatan.. peniaga juga perlu tegaskan had makanan yang diambil..
Quote glump 23-11-2021 11:56 AM
Mamat ni kalu pegi buffet ke promosi yg tulis all you can eat $xx.xx  memang berbaloi sebab dia boleh mkan banyak.meh datang Malaysia makan buffet Ramadan ..semua dia boleh abiskn.
Quote CikYaYaYa 23-11-2021 12:06 PM
perhhh perottt diaa niee besar manaaa weh.. udang 4kg diaa telan.. Mmg patutt dh kenaaa halauu. mau bangkrap tokey kedaii dapat xcustomer mcm niee. Tapi tu laaa nk kataa diaa salah xleh gak sbb diaa mkn pon kat kedai yang xder limit nak mkn bnyk mana kan
Quote makadek 23-11-2021 12:31 PM
Aku pnh rasa mcm apatah mulut cabui
Puluh thun dulu ade aku tegur anak kwn aku
Anak dia mmg kurus tahap keding kepala besar mata sembul

Pah tu aku tegur ..ank ko tak makan ke
Mak dia bengang ah ckp mcm2 dh aku bg makan..aku rasa bersalah lps tu aku tk tegur
Mana2 anak org yg kurus..
Kalau tembam aku ckp semangatnyaa

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.095411 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top