|
Pelakon Ogy Ahmad Daud, 59, mengumumkan membatalkan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang tertunda penganjurannya sejak tahun lalu, hari ini.
Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan dibuat bersama mereka yang lebih arif dalam penganjuran sesebuah konsert. "Saya selaku pihak penganjur yang dipertanggungjawabkan untuk konsert Khai Bahar mengambil keputusan muktamad membatalkan konsert itu. Kepada semua pembeli tiket konsert, saya bersama penguam sedang berusaha untuk mendapatkan 'refund' anda.
"Kerana pelaburan yang anda lakukan dalam pembelian tiket konsert itu, duit tiada bersama saya mahupun dalam syarikat saya dan dibeli menerusi AirAsia RedTix," katanya. Ogy juga memohon ribuan ampun dan maaf kepada pasukan Khai Bahar yang bersusah payah selama ini untuk mengendalikan bersama-sana bagi merealisasikan konsert itu. Ogy berkata, dia sentiasa menyanjung bakat penyanyi terbabit dan mahu melihat kejayaan berterusan sepanjang perjalanan seninya. Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia sepatutnya dilangsungkan pada 27 Mac tahun lalu di Istana Budaya. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda berikutan penularan pandemik Covid-19. Pada Ogos tahun lalu, Ogy kemudian mengumumkan konsert itu bakal dilangsungkan di lokasi baharu. Sumber: Harian Metro
|
ataupun tak dapat terus... Yang ni konsep dia kena reda jah macam @Acikgomen reda menerima stok2 kambing perap sheolsss yang bertimbun belakang umah tu tak jalan2 sebab harizal kenten takmo beli... Yihhhh 

hantamal: Kesian betul rugi tenaga orang ...
dudaberhias replied at 22-11-2021 11:24 PM
Kalau duit tu di pegang air asia, nampaknya lambert lagi lah nak dapat duit tu dik ataupun tak dap ...

iols sejes kb buat konsert kat smule je la dik… Jimat kos 

Acikgomen replied at 22-11-2021 11:20 PM
Dah tu mana nak dikoreknye duit nak bayo refund tuh

Normabaru replied at 22-11-2021 11:35 PM
pelaburan?
Ko dh kenapa nek ogy..
Acikgomen replied at 22-11-2021 11:20 PM
Dah tu mana nak dikoreknye duit nak bayo refund tuh
laksmanabentan replied at 23-11-2021 10:59 AM
ada harapan dapat rumah pprt tak?
tapi kak ogy da ada rumah kannn... rumah warisan tuh taman melaw ...
ko ghaser? 

ADVERTISEMENT