‘Anak ibarat kain putih yang bersih, ibu bapalah yang harus mencorakkannya.’ Ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini tidak tahu apa-apa bahkan tidak dapat membezakan antara baik dan buruk, jadi ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan keperibadian mereka.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Akobrpro Ject, kelihatan seorang ibu berusaha melepaskan tangannya daripada gigitan anaknya sambil menjerit mempersoalkan mengapa anaknya bertindak sedemikian. Walaupun kelihatan seperti dalam kesakitan, namun dia masih mampu bersabar dan tidak memarahi anaknya di atas perbuatannya itu.
Turut kedengaran satu suara lagi yang sedang merakam kejadian tersebut menyuruhnya berhenti sambil ketawa. Di dalam video berkenaan turut kelihatan bekas kesan gigitan di tangan wanita tersebut selepas dia berjaya melepaskan gigitan anaknya itu. Bagaimanapun, bekas gigitan terbabit hanya meninggalkan kesan sementara dan tidak kekal. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu yang tidak memarahi anaknya ketika digigit. Malah, segelintir netizen menegur wanita berkenaan untuk tidak menggalakkan anaknya berbuat demikian dan terlalu memanjakan anak. Sumber: OHBulan
|
ezacbee: Sepupu aku dulu camni gak. Sukati gigit orang. Xdapat orang, dia gigit kerusi kayu. berbekas kerusi tu. Dahler gigi kuda. Aku gigit balik baru tau. :l ...
ketambangkang replied at 22-11-2021 03:33 PM
teringat plak anakku pernah kena gigit sampai lebam masa kat taska..agaknye dr spesis bdk2 camni la
ADVERTISEMENT