Penyanyi Nubhan meraih perhatian peminat di media sosial apabila dia ada membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Badariah Omar,76, dengan menghadiahkannya beg tangan jenama mewah Louis Vuitton (LV) bernilai RM14,200.
Nubhan yang ditemui sebuah media memaklumkan ibunya yang mesra disapa sebagai Omak Jenny itu berasa terkejut dengan harga yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Malah, cerita Nubhan lagi, sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Omak Jenny beberapa kali bertanya sama ada benar atau tidak harga beg yang dihadiahkan itu berharga sedemikian rupa. Nubhan juga ada memuat naik rakaman video yang memaparkan reaksi spontan ibunya itu yang terkejut dengan harga beg LV yang dipilih sendiri ketika berkunjung ke butik tersebut di ibu kota.
Jelas penyanyi lagu Ada Untukmu ini lagi, dia sama sekali tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk, namun hanya ingin membalas jasa bonda tercinta yang melahirkan serta menjaga dirinya sejak dari kecil Penyanyi ini juga mendedahkan bahawa ada peminat turut terinspirasi dan memberikan rasa insaf kepada mereka apabila dia berkongsikan momen-momen bersama Omak Jenny di media sosial. Sumber: BeautifulNara
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|