CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Politix Reka Sut Galak Lelaki 'Bela' Misai

22-11-2021 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2067| Komen: 5

Jenama pakaian lelaki Australia, Politix bekerjasama dengan artis visual Pamela Kleeman-Passi untuk menghasilkan sut unik menggunakan misai lelaki.


Oddity Central melaporkan, inisiatif itu bersempena dengan kempen Movember.


Kredit foto: lbbonline

Ia acara kesedaran tahunan yang menggalakkan lelaki di seluruh dunia menumbuhkan misai mereka pada bulan November.

Kempen bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai masalah kesihatan lelaki yang serius seperti barah prostat dan testis.

Sut yang dipanggil Mo-Hair diperbuat daripada fabrik unik ciptaan artis visual yang berpangkalan di Melbourne, Pamela Kleeman-Passi.


Kredit foto: Politix

Passi terbabit dalam projek itu kerana suaminya meninggal dunia akibat barah prostat dan usus, pada 2016.

Bagi menghasilkan sut itu, Passi dibekalkan dengan misai yang diperlukan Sustainable Salons, program kitar semula yang mengumpul dan mengitar semula rambut dari pelbagai salun.

Sejurus berita mengenai projek itu mula tersebar, orang awam mula menghantar bungkusan berisi misai mereka.

Passi menjahit semua rambut misai bersama-sama dengan kapas untuk menghasilkan fabrik asli.



Ia kemudiannya diserahkan kepada pengurus reka bentuk Politix Paul Burden yang memotongnya menjadi sut.

Bagi mengelakkan kegatalan yang biasanya dikaitkan dengan rambut pada kulit, Politix melapik kain itu dan mencetaknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 22-11-2021 11:10 AM
Entah misai ke bulu pubik dia
Tau2 dah sampai kilang
Quote Artemesiaa 22-11-2021 11:18 AM
Banyaknya misai tapi dah dibersihkan ke belum tu tah2 masih ada bau kari cheese bagai
Quote Adrif 22-11-2021 04:14 PM
misai elok cukur
yang kena ada, janggut. dapat sejemput pun nice dah
tak payah bela panjang berjela serabut eii geli aku

Quote Jitu 22-11-2021 06:23 PM
KIM.K replied at 22-11-2021 11:10 AM
Entah misai ke bulu pubik dia
Tau2 dah sampai kilang

entah2 bulu ketiak euwww masam
Quote KIM.K 22-11-2021 08:02 PM
Jitu replied at 22-11-2021 06:23 PM
entah2 bulu ketiak  euwww masam

Janji tebal berpintal ye dak
Macam backward civilization je mat saleh ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.033516 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top