CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Tetap Suka Berlakon Walau Anak Dah 3, Badan Tak Sekecil Umur 18 Tahun Dulu

19-11-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5565| Komen: 30

Bekerja tanpa henti membuatkan aktres Fasha Sandha dilayangkan persoalan tentang dirinya yang mendepani kehidupan sebagai seorang ibu dan pelakon yang sentiasa sibuk di set penggambaran.


Menurut Fasha, kedua-duanya sama penting buat dirinya kerana anak merupakan harta, manakala lakonan pula adalah minatnya.

Dia berkata demikian dalam satu hantaran InstaStory selepas ditanya sama ada dirinya berasa penat berlakon memandangkan sudah mempunyai tiga orang anak.


Kredit foto: IG Fasha

“Dua hari lepas, ada orang tanya saya, tak penat ke berlakon? Dalam Malaysia memang ramai heroin tapi awak anak dah tiga orang, masih aktif berlakon, sibuk di set penggambaran tanpa henti,” tulisnya.


Menjawab persoalan tersebut, pelakon drama Scammer itu berkata, dia suka bekerja meskipun sedar anak-anaknya semakin membesar lebih-lebih lagi cahaya mata ketiganya, Aisha Amaira yang kini sudah berusia setahun tiga bulan akan mula memasuki ‘playschool’ tidak lama lagi.

“Saya suka berlakon. Itu adalah minat dan hidup saya. Tak kisahlah berapa orang anak dan badan dah tak sekecil umur 18 tahun dulu.

“Apa yang penting, selagi ada minat dan tenaga, saya akan terus berkarya dan mencungkil ilmu. Sebab ilmu itu luas dan takkan pernah habis atau terhenti,” katanya.


Kredit foto: IG Fasha

Biarpun cukup dikenali sebagai pelakon serba boleh dan setiap lakonannya membekas dalam jiwa penonton, namun pelakon berusia 37 tahun itu tetap menjadikan rakan-rakan pelakon lain sebagai inspirasinya dalam berkarya.

“Fauziah Nawi dan Nabila Huda adalah sumber inspirasi saya. Semoga saya tetap kuat untuk berkarya seperti mereka.

“Saya sangat suka dan minat dengan bakat serta energi mereka dalam karya, ‘love’,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Fasha memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 8, Putri Raysha Jemima, 7, daripada perkahwinan terdahulu dan Aisha hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 19-11-2021 03:39 PM
kalau berlakon penat... dah lama la politician2 semua lelah... pengsan atas pentas dikk oiii takpun kojol kat situ... apa punya soalan la acik2 tu... maksud deorang tak penat kerja la kot?

mesti la penat... kalau boleh nak duk goyang kaki kat umah je sambilll kacau2 teh kentut kucate untuk dapat diabetis...
Quote fealefea 19-11-2021 03:57 PM
anak die tak rupe die sgt kan
Quote Lentera 19-11-2021 05:21 PM
Kalau tak berlakon tak ada la income ye dakkk
Quote krustykrab 19-11-2021 05:26 PM
Teringat kisah2 lelaki2 sblm doa kawin dulu kan.memdonia jahhh...putra selatan lah, anak muntrrli lah, peno ggang kuda lah...dah puas main guli dgn golongan ni, last2 dgn yg biasa2 sajork sheol hidup...
Quote sopianpiann 19-11-2021 05:30 PM
fasha kena la belakon sbb dia takde buat bisnes. mcm artis lain ramai yg buat part time bisnes.
Quote Nenolen 19-11-2021 06:31 PM
sopianpiann replied at 19-11-2021 05:30 PM
fasha kena la belakon sbb dia takde buat bisnes. mcm artis lain ramai yg buat part time bisnes.

Bukan FS ada saloon rambut tak silap...mungkin dah tutup kut...saloon rambut tu nama watak dia dlm drama...best drama tu wpun kaka menyampah dgn watak dia...menghalalkan dendam kesumat sebb teraniaya gituuu...
Quote scarflicious 19-11-2021 06:37 PM
Kenalah berlakon. Laki nak makan apa kan?
Quote Belibis 19-11-2021 07:09 PM
Anak adalah harta...lakonan nak cari harta..kan mudah gitu.
Tak payah nak acah minat laa..
Quote chocobozhere 20-11-2021 07:03 AM
Kenapa anak lelaki dia fesyen rambut tutup dahi macam tu..
Quote makadek 20-11-2021 07:09 AM
Aku ttp suka pashaaaaa
Quote Bumbu 20-11-2021 09:07 AM
Tak payah kenang badan yg 18tahun dulu tu. Bdan yg langsing tak mnjamin kebahagiaan. Gituwww
Quote kiah_mai_pulak 20-11-2021 10:17 AM
krustykrab replied at 19-11-2021 05:26 PM
Teringat kisah2 lelaki2 sblm doa kawin dulu kan.memdonia jahhh...putra selatan lah, anak muntrrli la ...

dan terpaksalah terima job walaupun penat jaga anak 3 tu.. ye lah. x berlakon mana nk tanggung family lagi kan…
Quote krustykrab 20-11-2021 11:34 AM
kiah_mai_pulak replied at 20-11-2021 10:17 AM
dan terpaksalah terima job walaupun penat jaga anak 3 tu.. ye lah. x berlakon mana nk tanggung fam ...

Dia tak de maid ke?
Mesti jejai bg duit byk utk cover kos hidup 2 anak dia kan..rmh yg diorg duduk ni pun jejai yg bg kan..
Quote sunshinelady 20-11-2021 12:21 PM
dudaberhias replied at 19-11-2021 03:39 PM
kalau berlakon penat... dah lama la politician2 semua lelah... pengsan atas pentas dikk oiii takpun  ...

kakakkakakkaka
Quote miracle_forever 20-11-2021 12:44 PM
chocobozhere replied at 20-11-2021 07:03 AM
Kenapa anak lelaki dia fesyen rambut tutup dahi macam tu..

ada scar kat dahi
Quote nakkomenjugak 21-11-2021 08:25 AM
Iol fahammmm bab body dah tak sekecik duluuu
Iol fahammmm sefaham fahamnyaaaa
Quote aemon 21-11-2021 09:30 PM
krustykrab replied at 19-11-2021 05:26 PM
Teringat kisah2 lelaki2 sblm doa kawin dulu kan.memdonia jahhh...putra selatan lah, anak muntrrli la ...

Tuhh ally mcbeal jgn dilupakan
Quote krustykrab 21-11-2021 11:25 PM
aemon replied at 21-11-2021 09:30 PM
Tuhh ally mcbeal jgn dilupakan

Ally macbeal tu gilakn dia lg pun ally tu sapo la kan
Quote SpyLeman 21-11-2021 11:30 PM
aemon replied at 21-11-2021 09:30 PM
Tuhh ally mcbeal jgn dilupakan

Atok syapik kenapa tinggal?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040714 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top