CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hamas Desak Justin Bieber Batal Konsert, Boikot Israel

19-11-2021 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1756| Komen: 0

Description: Pergerakan Hamas pada Khamis mendesak supaya penyanyi terkenal, Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Tel Aviv pada Oktober depan, lapor agensi berita KAN.
Pergerakan Hamas pada Khamis mendesak supaya penyanyi terkenal, Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Tel Aviv pada Oktober depan, lapor agensi berita KAN.


Pada Isnin lalu, berita mengenai konsert tersebut tersebar dengan menyatakan ia akan berlangsung di Hayarkon Park sebagai sebahagian daripada jelajah konsert 'Justice World Park'.


Kredit foto: IG Justin

Pergerakan itu juga mendesak supaya Bieber memboikot Israel dengan menyatakan ia telah melakukan jenayah menentang kemanusiaan.

Kali terakhir penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Anyone' itu ialah di Hayarkon Park, Tel Aviv pada tahun 2017 yang disaksikan kira-kira 50,000 penonton.


Kali pertama dia dilihat di Israel ialah pada tahun 2011.

Israel sebelum ini dianggap melaksanakan aparteid iaitu dasar diskriminasi terhadap penduduk Israel.

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia, Human Right Watch juga pernah membuat dakwaan seumpama itu.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.131427 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top