oleh Fyruz Selalunya disaat jatuh cinta kita tanpa sedar mencintai tanpa memandang apa pun. Kadang-kadang kita bercinta dengan mereka yang betul-betul berlainan daripada kita. Ini termasuk mereka yang digelar workaholic atau 'gila kerja'.
Tak ada siapa yang menafikan jika anda bercinta dengan mereka yang 'gila kerja' ini anda harus mempunyai kekuatan mental serta kesabaran yang tinggi. Sebab itu ramai diantara kita tak sanggup kerana alasan takut kena tinggal, kekasih akan selalu sibuk atau terlalu mementingkan pekerjaan daripada pasangan sendiri. Tapi macam mana pula, jika anda sememangnya cinta mati dengan pasangan anda, dan anda baru sahaja mendapati si dia 'gila kerja'? Tak mungkin anda terus 'menyerah', ketahui beberapa sebab mengapa bercinta dengan seorang workaholic, kamu juga boleh bahagia.
1. Seseorang yang workaholic tak suka mengawal tapi tak bermakna dia tak kasih dan meminimumkan kasih sayang Mereka yang tak suka menganggur dan suka kerja ini membuatkan mereka tak suka akan hal yang remeh.Mungkin masa membataskan dia bermanja dengan kamu. Dia juga bukan jenis yang suka mengirim banyak mesej bertanya macam-macam kepada kamu. Dia lebih senang biarkan kamu bersenang-lenang dengan teman-teman asalkan kamu bahagia. Yang penting dia bukan type overprotective. Tapi bila kamu tak hantar mesej kerana takut mengganggu, dia boleh sahaja dengan tiba-tiba menelefon untuk bertanya kabar. 2. Workaholic tak suka membazirkan waktu. Pilihkan kegiatan yang tak hanya menyenangkan tapi juga aktif bekerja Mereka yang workaholic ni, saat tidak membuat apa, pasti dia kelihatan gelisah dan panik. Padahal, kamu inginkan kegembiraan bersamanya disaat anda berdating dengannya. Lakukan aktiviti yang tak hanya menghabiskan wang tapi kamu dan si dia mendapat manfaat sebagai contoh memasak atau berkebun bersama-sama. 3. Jika si dia mampu komited dalam pekerjaan, bukankah itu tanda si dia setia dalam perhubungan? Si dia yang workaholic pasti terkenal dengan prestasi kerja yang baik. Kamu tak perlu risau jika si dia tak setia. Di saat si dia bersama dengan orang yang sesuai dengan dirinya, dia akan menjaga dan mempertahankan hubungan kamu. Sekomited si dia pada pekerjaannya. Beruntunglah kamu yang disayangi oleh mereka yang workaholic, kesetiaan itu penting dalam pasangan. 4.Walaupun tak banyak masa bersama, tetapi setiap kenangan anda bersamanya selalu memberi kesan besar Dia mungkin orang paling sibuk dalam dunia, boleh jadi dia memang tak banyak masa nak luangkan bersama kamu, tetapi jangan sedih, dia tetap akan luangkan masa denganmu. Dia akan cuba dengan cara apa sekali pun untuk menjadikan pertemuan kamu dengannya bermakna. Dia juga berusaha memberikan kebahagian dengan caranya tersendiri. |
ADVERTISEMENT