CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hari Raya 2015 Juadah Kuih Lihat artikel

Cara-Cara Membuat Cendol Lazat

22-6-2015 04:34 PM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 6850| Komen: 0


Oleh : Dean BZ


Cendol adalah pemanis mulut yang sangat terkenal di Malaysia, Singapore, Indonesia, Thailand, Kemboja dan juga Vietnam. Biasanya cendol akan dimakan pada waktu tengahari atau petang ketika cuaca panas kerana ia dapat menyejukkan tekak.



Di bulan Ramadhan, cendol boleh didapati di bazar-bazar ramadhan namun untuk suri rumah yang ingin mencuba sendiri membuat cendol, bolehlah mencuba resepi perkongsian Mamak Haji ini.

Jika dibuat sendiri, kebersihan lebih terjamin dan boleh dibuat dengan banyak untuk disimpan keesokkan hari nya. Tapi kena lah simpan dalam peti ais, jika tak ia akan basi. Nampak tidaklah susah mana resepi membuat cendol ini namun acuan haruslah mengikut sukatan tepat. Jika tidak cendol mungkin akan terlebih keras atau terlalu lembik. Selamat mencuba ya! - CARI Infonet.


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 125gm tepung beras (1 cawan).
- 20gm tepung Hoen Kwe.
- 50gm tepung ubi/kanji.
- 200ml air pandan (2 cawan).
- 3/4 sdm. Air Kapur.
- 1 sudu kecil garam.
- secubit pewarna hijau.

CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan Air Pandan,Potong 4-5 daun pandan kira 2 inci. dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar(Blender). Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periok dan panaskan dengan api yang sederhana..sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas..sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam ..akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba. Air gula dan santan mamak haji terangkan selepas ini.


Kredit foto - Mamak Haji

46

Bagus
25

Marah
21

Terkejut
11

Sedih
17

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.028167 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top