CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurus Direman Minta RM800,000 Tutup Mulut Kes Kematian Covid-19

9-11-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3045| Komen: 15

Seorang pengurus syarikat kawalan keselamatan direman lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah hampir RM1 juta untuk ‘menutup mulut’ kematian seorang pekerja asing akibat Covid-19.


Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara Julai hingga September lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Seorang pengurus syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini bagi permohonan reman oleh SPRM berhubung tindakan meminta rasuah hampir RM1 juta untuk tawar perlindungan. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI


Menurut sumber, suspek berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur pukul 5 petang semalam sebelum dibawa untuk direman hari ini.

Katanya, lelaki itu bekerja sebagai pengurus syarikat kawalan keselamatan dan mula menjaga kilang terbabit pada 2010.

“Suspek disyaki meminta rasuah berjumlah RM800,000 secara tunai dan online bagi menutup mulut kerana pekerja asing di kilang tersebut mati akibat Covid-19.

“Suspek juga dipercayai meminta wang tambahan RM120,000 daripada pemilik syarikat kononnya untuk diberikan kepada pihak berkuasa supaya tidak mengambil tindakan menggaji pekerja tanpa permit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gujiwa 9-11-2021 04:04 PM
iols tak paham kenapa kalau pekeje dia meninggal sbb covid adakah mencacatkan operasi syarikat..
pastu pihak berkuasa buat ape je untuk kes pekeje takde permit tu.. betul ke.

Quote green~tea 9-11-2021 04:05 PM
gujiwa replied at 9-11-2021 04:04 PM
iols tak paham kenapa kalau pekeje dia meninggal sbb covid adakah mencacatkan operasi syarikat..
pa ...

Loss of Opportunity.. sometimes kilang tak operate kena shutdown sbb covid mmg bleh incurred Opportunity loss sampai 100-200 juta or even more
Quote abangbikerz 9-11-2021 04:06 PM
bodoh, nak pau pon berpada2 la. undocumented worker mati covid ko nk sorok camne. nak korek tanam kambus cam antivax?
Quote Skuau 9-11-2021 04:36 PM
Majikan nak sorok PATI mati sb covid ke...atau dia pepandai minta...???
Quote naina 9-11-2021 04:58 PM
Nak elak kilang kena tutup ke
Takut rugi
Tapi dia punya paww kemain dekat sejuta
Melampauu
Quote jijilaaa 9-11-2021 05:04 PM
giler berani mintak sebanyak itu. mesti dalam hati berbunga2 plan nak holoday overseas nak shopping and so on. last2 masuk kedalam. padan muka
Quote Belibis 9-11-2021 07:13 PM
Ingat senang ke nak pow tokey sepet?? Baik dia hulur seketul dua kat pegawai yang berkenaan jer..
Quote jazaa100 9-11-2021 07:56 PM
gujiwa replied at 9-11-2021 04:04 PM
iols tak paham kenapa kalau pekeje dia meninggal sbb covid adakah mencacatkan operasi syarikat..
pa ...

Yg mati tu tak de permit.....
Jadi berganda ganda lah kesalahan majikan
Quote Decaffeinated 9-11-2021 08:06 PM
battle of the brains

dia bajet sejuta tu ciput ja bagi tokey dia tak tau tokey ni kedekut dan pandai kira untung rugi. daripada bagi kat ko sejuta lagi huntong report ja

Quote Carcosa 9-11-2021 10:39 PM
Gambar dah pixilated pun still nampak gundu hitam berkerak [em:15:]
Ada hati nak pau dekat sejuta. Tu ada hati nak belanja gundik2 Yindon dia lah tu. Keji.
Tiber meols menabur fitnah  [em:16:]
Quote Mulotkoyak 9-11-2021 11:15 PM
Kes macam kat Mamee Melaka aje and beberape kilang makanan lagi... Kan time covid aritu ade penguatkuasa dtg... Pakat semua sorok yeee dlm opis and separuh lg kuar dr kilang. Ade juga penguatkuasa yg mkn rasuah. Time nk dtg bgtau. So kilang standby laaa... Ahaks.
Ye laaa kalo kilang tutop rugi maaaa... Diorg ckp. Order tu nk htr smp luar negara. Omaigod. So bad laaa kilang cmni.

Rase mcm lari topic plak citer ak ni.
Quote TeropongThaico 10-11-2021 12:20 AM
Amboiii tamak la hai. Kannnn dah kena
Quote RinIna 10-11-2021 10:29 AM
Bapok banyak dia mintak.. kot yer pun sikit2 sudahlah.. haha.. kelakar plak
Quote KIM.K 10-11-2021 10:31 AM
Banyak sangat tu utk nyawa bangla. Tak beragak
Quote Kitty_catz 10-11-2021 02:18 PM
gujiwa replied at 9-11-2021 04:04 PM
iols tak paham kenapa kalau pekeje dia meninggal sbb covid adakah mencacatkan operasi syarikat..
pa ...

harus

kut kilang lagi la, every 2 weeks kena buat covid test, and upload kat miti punya website

kalau lebih 5% yg kena, kilang kena katup 14 days and sanitize

smua ini kos..

kalau pati, lagi satu hal nak menjawab dgn imigresen..


Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.054698 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top