"Bila kau ditertawakan pengurus produksi kerana banyak sangat syarat yang nak diubah dalam kontrak."
Demikian keluhan pelakon Amerul Affendi di Twitter apabila namanya digugurkan pihak produksi kerana terlalu banyak perubahan syarat dalam kontrak. Bersama ciapannya itu, Amerul sertakan sekali tangkap layar perbualannya dengan pihak produksi berkenaan. Ekoran itu, dia mempersoalkan sikap pihak terbabit yang masih tidak berubah memperlekehkan pelakon sepertinya yang teliti dalam memastikan kontrak yang ditandatangani tidak timbul sebarang isu berbangkit di masa akan datang.
"Lepas pada projek tu, tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau. "Demand kah kalau menuntut hak yang sepatutnya? Demand kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak? "Rupanya masih sama.. Berbuih mulut penggiat industri bermuzakarah itu ini di serata platform media sosial untuk menjadikan industri ini kembali sihat selepas pandemik," ujarnya. Amerul sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak produksi yang mengutamakan pelakon dengan jumlah pengikut lebih 500,000 di laman sosial. Bak kata Amerul, sudah 2021 tapi sampai bila mahu begini? - CARI
|
makton replied at 9-11-2021 02:26 PM
apa yg dia demand kan itu?
ADVERTISEMENT