CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Saran Artis ‘Trademark’ Nama- "Mereka Untung Berjuta, Kita Dapat Apa?"

9-11-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1418| Komen: 1

Description: Susulan kes eksploitasi nama ‘Hafiz Hamidun’ oleh sebuah gedung fabrik sekitar empat tahun lalu, penyanyi Hafiz Hamidun menyarankan kepada selebriti dan individu ternama supaya mendaftar nama mereka ...
Susulan kes eksploitasi nama ‘Hafiz Hamidun’ oleh sebuah gedung fabrik sekitar empat tahun lalu, penyanyi Hafiz Hamidun menyarankan kepada selebriti dan individu ternama supaya mendaftar nama mereka sebagai tanda dagang (trademark) di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Menurut Hafiz, 37, kes itu memberi pengajaran kepada dirinya untuk lebih berhati-hati dan sentiasa peka dengan hal-hal berkaitan hak milik dan penjagaan nama baik.


Foto: IG

"Hal ini boleh menjadi pengajaran kepada mereka di luar sana agar nama tidak digunakan sewenang-wenang oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan.

"Saya bukannya nak kaya, tetapi risau kalau nama saya digunakan untuk tujuan yang tidak baik... hujung-hujung nama kita yang busuk. Mereka dapat untung berjuta tetapi saya dapat apa?

"Selepas kejadian itu, saya lebih faham mengenai pendaftaran nama dan produk. Apa yang kita buat ini demi kebaikan pada masa akan datang," katanya kepada mStar.



Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Afghanistan, Muslim Care di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada Februari 2017, Hafiz Hamidun memfailkan saman terhadap satu syarikat tekstil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana salah guna namanya tanpa kebenaran.

Penyanyi lagu Kasih Padamu ini meluahkan rasa lega apabila haknya dapat diperjuangkan dan menang kes saman itu pada Mei 2018.

Pihak syarikat mengemukakan rayuan dan menang kes di Mahkamah Rayuan pada tahun 2020.


Pada Mei 2021, Hafiz kemudiannya membawa kes ke Mahkamah Persekutuan dan kemenangan akhirnya berpihak kepadanya.

Mahkamah menetapkan 7 Disember depan bagi memutuskan nilai tuntutan kepada pihak berkenaan.

Dalam pada itu, Hafiz berkata nasihat ini diberikan kepada rakan artis kerana enggan kejadian yang sama berulang kembali.



"Saya tak mahulah benda ni berlaku pada artis lain. Mana tahu, ada yang dah terkena dan tidak ambil tindakan tapi itu terpulang kepada masing-masing.

"Selain itu, tindakan saman ini juga merupakan peringatan kepada syarikat lain untuk tidak menggunakan nama individu popular tanpa kebenaran.

"Benda boleh bawa bincang dan saya pun senang untuk bekerjasama. Apa-apa boleh hubungi saya dan berbincang," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ferr_Remy 9-11-2021 10:41 AM
Poyo............

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.401737 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top