Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di pertunjukan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) pada malam Ahad mencuri perhatian ramai apabila memakai jam tangan mewah dianggarkan bernilai lebih RM1 juta. Menerusi perkongsian sebuah video di platform TikTok, seorang wargamaya berkongsi momen Datuk Siti atau mesra disapa TokTi menghadiri pertunjukan fesyen rekaan Rizman Ruzaini dengan memakai jam tangan mewah berjenama Richard Mille. Di minit 21 saat, TokTi melambai pada kamera yang sedang merakam video dan jelas kelihatan jam mewah bertatahkan berlian ditangan kanannya. Untuk info, jam tangan mewah buatan Swiss itu hanya dipakai oleh orang kenamaan dan selebriti ternama antarabangsa sahaja kerana harganya sangat mahal. Antara selebriti yang pernah memakai jam ini adalah seperti Cristiano Ronaldo, Ed Sheeran, Jackie Chan, Kylie Jenner dan ramai lagi.
Rata-rata wargamaya memuji penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu yang sentiasa merendah diri biarpun bergelar jutawan, malah dikatakan isteri Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa itu tidak pernah menunjuk dan riak dengan kekayaannya. Memetik mStar, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Iqbal Zulkefli turut meninggalkan komen di video itu hingga menarik pelbagai reaksi wargamaya. "Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit. Ini antara brand kegemaran saya," ujarnya. Hasil kajian, jam tangan mewah yang dipakai TokTi pernah tular di Twitter sekitar tahun 2019 lagi. Memang betul-betul kaya dan sangat "humble" TokTi hinggakan peminat pula yang "sibuk selidik harga" barangan mewah yang di pakai olehnya. Ini baru betul-betul kaya giler kan! - CARI |
aduh2sayang: tak hairan pun dia pakai brang ...
BungaTepiMeja replied at 9-11-2021 02:45 AM
Kalau perasan.. Orang yang selalu show off ni mostly yang jual produk atau MLM dan nak tarik orang ...
Normabaru replied at 9-11-2021 03:45 AM
Sian betul kaka tgk netz n zoners yang dok kira apa rentis tu pki.. Ptt ko dh nmpk mcm tu.. Ko toksa ...
chazey replied at 9-11-2021 07:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...
kitmal replied at 9-11-2021 07:15 AM
oklah tu..................tapi bab rampas laki orang..........dia tak tunjuk juga
mojarean_X replied at 9-11-2021 07:44 AM
Semoga Rita menumpukan perniagaan minyak wangi crush, product skinglo dan juga sos terer seterusnya ...
chazey replied at 9-11-2021 09:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...
chazey replied at 9-11-2021 07:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...
asfaz replied at 9-11-2021 07:56 AM
Siti mulut tak celupar macam acik rita kau
chazey replied at 9-11-2021 07:02 AM
Aiol tak minat Siti, Kaka Norma tapi produk SimplySiti sheol ai beli karna good quality yach. Seta ...
mojarean_X replied at 9-11-2021 07:44 AM
Semoga Rita menumpukan perniagaan minyak wangi crush, product skinglo dan juga sos terer seterusnya ...
ADVERTISEMENT