|
View: 11812|Reply: 12
|
Beego mahu pembelaan, pengesahan lafaz taklik difailkan Linda tangguh
[Copy link]
|
|
|
Prosiding pengesahan lafaz taklik yang difailkan pelakon Linda Hashim, 41, terhadap suaminya, Beego, 45, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi ditangguhkan pada tarikh baharu, 9 Februari depan.
Penangguhan pengesahan lafaz taklik itu disebabkan Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah dengan peguam yang mewakilinya memohon kepada Hakim Syarie, Mohd Farreq Azmi untuk membela diri.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Linda iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata pihaknya sudah memberikan kerjasama yang baik sepanjang prosiding pengesahan lafaz taklik itu, namun berlainan pula dengan pihak defendan (Beego).
"Sebagai peguam yang mewakili anak guam saya, Linda pastinya saya rasa pihak kami sudah berada di landasan yang betul dan kami juga sudah mengikut segala prosedur yang ditetapkan mahkamah.
"Setakat ini, semua serahan dan saman penyata tuntutan lafaz taklik berkenaan daripada pihak kami sudah dibuat awal, tapi menerima maklum balas negatif daripada pihak defendan.
"Jadi, kami terpaksa serahkan (penyata tuntutan lafaz taklik) pada hari ini. Tapi, peguam yang mewakili dia (Beego) tidak lagi berwakalah dan sebab itu dia mohon untuk pembelaan. Maka, tarikh baharu pembelaan ditetapkan pada 9 Februari depan," katanya kepada Harian Metro.
Sementara itu, Linda yang ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia juga sedikit kecewa apabila pihak mahkamah memberi ruang untuk Beego membuat pembelaan.
Bagaimanapun, katanya dia tetap percaya ada hikmah di sebalik penangguhan yang berlaku ini sekali gus menganggap Beego sengaja melambatkan kes mereka.
"Saya tak kecewa sebab tidak diceraikan. Tapi kecewa kerana dia (Beego) sengaja melengahkan proses. Saya tahu dia sengaja!
"Sebab kata masih sayang, tapi sebagai isteri saya tahu sayang daripada kawan-kawan dan keluarga saya adalah lebih tulus dan ikhlas berbanding dia.
"Ini bukan sebab sayang, tapi di sebalik hati dia yang paling dalam itu membuatkannya nak melambatkan proses ini," jelasnya.
Sejak Januari tahun lalu, rumah tangga Linda atau pemilik nama Norhazlinda Hashim dan Beego menjadi perhatian apabila aktres berkenaan memfailkan perceraian dengan alasan tiada persefahaman.
Mereka sebelum ini pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April tahun sama dan membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga anak mereka.
Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.
Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sumber : – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya beego ni.
Tua2 pun bawak perangai bohjan lagi ke.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk air muka pun kita boleh tahu siapa yang benar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah mcm rupa que haidar plak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lahanat sungguh
Takpe.. rasanya mahkamah kasi peluang terakhir je kat lahanat ni
Next bersidang mahkamah dah boleh buat keputusan
Rugi youth linda dihabiskan utk lahanat nih
Linda cantik, moga hidup lebih bahagia di masa hadapan
Pasal nafkah anak2 takyah bermimpi utk fight
Tunggu neraka je balasan setimpat utk lahanat ittew |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lawyer msg2 juga yg untung. kes bersambung2 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Definisi jantan redflag menyala2 tarak guna. Sejarah dah membuktikan begok ni memang taguna, ex wife dulu lagi cerdik cepat2 angkat kaki |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Linda ni cantik. Asal lah kahwin dgn si bego ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semuga dipermudah selesaikan isu ini. Kesian perempuan2 yang kena hadap macam2 bila nak serai dari laki yang kurang bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kes kemal deli pun dah settle,
ko yg berantakan dlu pun dok delay2.
nmpk laa mcm saje buat delay2 beego ni.
xpe laa ko tgu jer laa kifarah ko. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ex bini beego yg terdahulu tersenyum sinis... ekekek
Anyhoo.. loyer gak yg untung, ko datang mahkamah ke tak dua2 kene cas ekekekek |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa dulu dah pernah bercerai... pi rujuk balik pulak. haihhhh membuang masa kat jantan lahanat nih buat apa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
spesis jantan mcm ni kan, hope di dunia dia dpt cash aniaya isteri. yg patut senang, dia pi susahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|